Categories
Berita Semasa

Haneyya bertemu dengan menteri luar Iran yang baharu

Isnin, 27-05-2024 – Ketua Biro Politik Pergerakan Hamas, Ismail Haneyya, bersama pemimpin-pemimpin kumpulan pejuang Palestin bertemu pada hari Rabu dengan menteri luar Iran yang baharu, Ali Bagheri, di Tehran.

Pertemuan itu membincangkan keseluruhan perjuangan Palestin dan pelbagai sudut perkembangannya, terutama perang di Semenanjung Gaza serta kesan-kesannya.

Pertemuan itu diadakan seiringan dengan majlis pengebumian Presiden Iran, Ebrahim Raisi.

Sementara itu, mesyuarat peringkat tinggi di antara pemimpin-pemimpin Axis of Resistance telah diadakan pada hari Rabu di ibu negara Iran dengan kehadiran Komander Pengawal Revolusi, Mejar Jeneral Hossein Salami, dan Komander Pasukan Quds dalam Pengawal Revolusi, Brigedier Jeneral Ismail Qaani.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Haneyya, Muhammad al-Hindi, Timbalan Setiausaha Agung Gerakan Jihad Islam, Sheikh Naim Qassem, Timbalan Setiausaha Agung Hizbullah Lubnan, dan wakil kumpulan Ansar Allah Houthi Yaman serta wakil dari Iraq.

Haneyya tiba di Tehran pada hari Rabu untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian dan untuk mengucapkan takziah atas kehilangan tragis itu.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom