Hamas: Operasi Ketenteraan Di Tulkarm Tidak Akan Melemahkan Semangat Juang Masyarakat Kami

Khamis , 19-09-2024 – Gerakan Pertahanan Islam (Hamas) menegaskan bahawa operasi ketenteraan yang berterusan dilancarkan oleh penjajah terhadap Bandar Tulkarm, yang sengaja dicetuskan bagi tujuan pencerobohan terhadap tanah milik penduduk di Tebing Barat, sama sekali tidak akan mematahkan semangat dan keazaman rakyat mereka yang tabah untuk bangkit dan terus berjuang menentang musuh-musuh penjajah. Ianya juga sebagai satu-satunya pilihan yang mereka miliki untuk mempertahankan tanahair mereka.

Pergerakan itu turut memuji keteguhan dan semangat jihad yang dipamerkan masyarakat dan pejuang-pejuang pertahanan di wilayah Tebing Barat, terutamanya di Tulkarm, dengan menanyatakan: “Kami memuji wira Briged Qassam dan semua kumpulan pejuang yang tidak pernah merasa gentar terhadap senjata yang dimiliki musuh, mereka bangkit menyerang tentera penjajah dan menyasarkan kenderaannya.

” Beliau menegaskan lagi bahawa operasi penjajahan dan pencerobohan yang berterusan tidak akan berjaya dalam melaksanakan cita-cita jahat dan harapan untuk menguasai Tebing Barat dan meneruskan rancangan pengusiran rakyat mereka. “Dengan keteguhan dan kesungguhan masyarakat kita, kegagalan akan menjadi takdir untuk semua konspirasi ini”.

Beliau juga menyeru agar rakyat di Tebing Barat terus meningkatkan konfrontasi dan memerangi penjajah, dan menzahirkan kemarahan yang sememangnya telah membara sejak permulaan Pertempuran Taufan Al-Aqsa.

Beliau turut menekankan bahawa Tebing Barat akan dibebaskan suatu hari nanti, tidak kira semahal manapun harganya dan sebesar apapun pengorbanan yang terpaksa dikorbankan.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ahmed Al-Marsogi