Categories
Berita Semasa

Israel menyerang dan merampas tanah di Bukit Golan Syria

Jumaat, 13-12-2024 – Jet-jet pejuang Israel melancarkan beberapa siri serangan udara di Syria pada hari Ahad, khususnya di pangkalan tentera al-Mazzeh di Damsyik dan Khalkhalah di wilayah selatan al-Suweida.

Serangan turut dilaporkan di kawasan luar bandar Daraa. Menurut sumber Syria, sasaran serangan termasuk depot senjata, bateri pertahanan udara, dan kemudahan pembuatan peluru berpandu.

Israel sebelum ini telah merampas wilayah di kawasan Bukit Golan milik Syria. Tentera Israel turut memberi amaran kepada penduduk di lima kampung yang berdekatan dengan kawasan strategik yang diduduki Israel supaya “tetap berada di rumah”.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menyatakan bahawa beliau telah mengarahkan pasukan Israel untuk mengambil alih zon penampan di Bukit Golan yang telah diwujudkan melalui perjanjian gencatan senjata pada tahun 1974 dengan Syria, selepas kemajuan pantas pasukan pembangkang Syria menamatkan pemerintahan Bashar al-Assad.

Terjemahan oleh : Norshuhada Samudin