
Khamis, 16-01-2025 – Tentera penjajah Israel mengumumkan bahawa salah seorang askarnya terbunuh dalam pertempuran di utara Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah mereka yang terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu kepada 3, dimana seorang daripadanya berpangkat pegawai.
Tentera penjajah Israel berkata dalam satu kenyataan pada petang Selasa, bahawa “Sarjan Ido Samach, 20 tahun, dari Briged Nahal, telah terbunuh dalam pertempuran di utara Semenanjung Gaza.” Bagaimanapun tiada perincian bagaimana askar itu dibunuh.
Untuk rekod, ini adalah tentera penjajah ketiga yang diumumkan mati di utara Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lalu. Bermula petang Isnin semalam, pihak penjajah mengumumkan bahawa seorang pegawai dan seorang askar terbunuh dan 2 yang lain cedera parah dalam pertempuran di utara Gaza.
Dengan terbunuhnya askar itu, jumlah kematian dalam tentera penjajah sejak permulaan pencerobohan pada 7 Oktober 2023 meningkat kepada 828, termasuk 393 dalam pertempuran darat yang bermula di Semenanjung Gaza pada 27 haribulan yang sama, menurut data dari tentera penjajah Israel.
Tentera penjajah Israel, yang disokong oleh Amerika Syarikat dan Eropah, telah meneruskan pencerobohannya terhadap Semenanjung Gaza selama 459 hari berturut-turut, dengan pesawatnya mengebom sekitar hospital, bangunan, menara, dan rumah orang awam Palestin, menjajah mereka, dan menghalang kemasukan air, makanan, ubat-ubatan, dan bahan api.
Pencerobohan itu telah melahirkan lebih 155,000 syuhada Palestin dan mangsa cedera. Di mana malangnya, mangsa kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita. Lebih malang lagi, lebih 11,000 penduduk dilaporkan hilang, di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kebuluran yang menghambat berpuluh-puluh jiwa kanak-kanak dan warga tua. Diakui, ini adalah salah satu bencana kemanusiaan yang paling teruk di dunia.
Penterjemah : Halimah