Categories
Berita Semasa

Pertempuran Selepas Zionis Kepung Rumah Palestin

Rabu, 14/05/2025 – Pertempuran bersenjata tercetus pada petang Khamis antara pejuang Palestin dengan tentera Zionis yang menyusup ke bandar Tamoun, selatan Tubas di Tebing Barat.

Sumber tempatan berkata, pertempuran itu berlaku selepas Zionis mengepung sebuah rumah Palestin di Tamoun, diikuti dengan penghantaran bantuan tentera tambahan Zionis ke bandar itu.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata bahawa mereka merawat seorang pemuda yang cedera akibat tembakan Zionis di Tamoun akibat dron Israel ke atas rumah yang dikepung, ketika pertempuran sengit dan tembakan berterusan.

Penterjemah : Ameen