Selasa, 13/09/2005 – Brigade al-Aqsa menyeru supaya menghancurkan bangunan-bangunan yang akan ditinggalkan oleh tentara Zionis-Israel di kawsan penempatan Zionis, karena bangunan-bangunan itu dibangun secara haram. Brigade al-Aqsa turut menyatakan bahawa bangunan-bangunan yang ditinggalkan itu dapat mengembalikan penjajahan Zionis-Israel terhadap rakyat Palestin dengan campurtangan pihak antarabangsa. Dengan itu, kemerdekaan yang dikecapi tidak bermakna.
Month: September 2005
Rakyat palestin melemparkan baru pada lori tangki Israel ketika pergaduhan yang berlaku ketika pembatalan perjanjian Yahudi Neve Dekalim di selatan Gaza, pada 6 September 2005. Askar Israel menembak mati seorg rakyat Palestin dan mencederakan seorg kanak2 ketika mangsa cuba untuk mendekati tempat perjanjian tersebut di selatan Gaza,mengikut kata saksi dan pegawai perubatan.
Jumaat, 09/09/2005 – Kerajaan Indonesia telah memperbaharui pendirian mereka untuk tidak mengadakans sebarang hubungan diplomatik dengan kerajaan Israel sebelum isu Palestin diselesaikan dan menubuhkan Negara Palestin yang stabil.
Jumaat, 09/09/2005 – Sumber-sumber media Zionis-Israel menyatakan, badan perisik Zionis-Israel Shabak sejak kebelakangan sering mengawasi kawasan kebun PM Israel Ariel Sharon yang terletak di Naqab selatan Palestin. Ini bertujuan menangkis serangan roket Al Qassam.
Jumaat, 09/09/2005 – Rejim Zionis semlm telah menyerbu kem pelarian Doheisha di selatan bandar Bethlehem dan telah menahan beberapa orang pemuda.
Khamis, 08/09/2005 – Sheikh Mohammed Hussein, pengarah Masjid al-Aqsa, menuduh penjajah Israel (PI) dengan sengaja memasang pagar berelektronik di pintu Asbat pada hari Selasa dalam usaha awal PI untuk mengawal tempat suci umat Islam itu.
Rabu, 07/09/2005 – Seorang tentera Zionis(TZ) telah memaksa seorang tahanan Palestin untuk menghina Nabi SAW dengan kata-kata, semasa dalam perjalanan ke Mahkamah Tentera Salem, Israel, peguam Fayez Al-Zabra memberitahu.
Rabu, 07/09/2005 – Polis Israel melaporkan bahawa seorang penetap Yahudi telah mencemuhi dan meludahi perarakan keagamaan yang dianjurkan oleh orang Kristian Ortodoks di jajahan Jerusalem.
Rabu, 07/09/2005 – Sumber-sumber daripada tentera Zionis-Israel menyatakan kebimbangan dengan perkembangan terbaru roket-roket Palestin. Apa yang dibimbangi ialah roket-roket milik pejuang Palestin sudah mampu untuk sampai ke rumah Ariel Sharon dan target-target lain.
Malaysia baru sahaja merayakan kemerdekaan ke-48. Syabas dan tahniah kerana akhirnya Malaysia dapat mentadbir urusan dan aset negara dengan sendiri. Jangan lupa bahawa PALESTIN juga negara Islam sama seperti Malaysia. Negara Islam yg berkurun lama di bawah penjajah Rejim Zionis. Maszlee Malik menyambung talian dan memperdengarkan suara rakyat Palestin untuk halwa telinga kita …
Isnin, 05/09/2005 – Hamas mengesahkan bahawa proses pendidikan di kawasan Palestin mesti dikekalkan dan dibangunkan yang bakal menjadi kayu ukur kepada pekembangan negara dan tamadun.
Isnin, 05/09/2005 – Tentera Israel Israel memasuki Tulkarm, sebuah bandar di Tebing Barat, di awal pagi Khamis lalu dan menahan tiga pemuda Palestin setelah menggeledah rumah kediaman mereka.
Jumaat, 02/09/2005 – Pakistan dan rejim Zionis (Israel) telah bertemu dan bersetuju untuk menjalinkan hubungan diplomasi di antara kedua-dua negara dengan dipengerusikan oleh Turki. Pakistan dan Israel kedua-duanya diwakili oleh oleh menteri masing-masing.
Khamis, 01/09/2005 – Sumber Zionis-Israel menyatakan, satu pertemuan akan diadakan di antara ketua badan perisik Mesir, Jenderal Omar Sulaiman dan PM Israel, Ariel Sharon.
Khamis, 01/09/2005 – Menteri Penerangan Pihak Berkuasa Palestin, Dr Nabil Sha`ath (gambar) menegaskan bahawa tidak ada kemajuan dalam rundingan dengan kerajaan penjajah Israel berhubung isu lintasan Rafah selepas kerajaan Mesir dan Palestin menolak usul Israel untuk mentadbir lintasan itu selepas pengunduran Israel.