Lima penduduk Penduduk Palestin Cedera dalam Pertelingkahan Dalaman di Gaza


Selasa, 19/12/06 –
Sekurang-kuranya lima penduduk Palestin tercedera pada Sabtu malam semasa pertelingkahan antara penyokong dua parti politik utama di Palestin, Fatah dan Hamas, di Rafah selatan bandar Gaza Strip. Pertelingkahan ini berlaku setelah beribu-ribu orang mengadakan demonstrasi di jalan-jalan sebagai reaksi mereka terhadap Presiden Palestin Mahmoud Abbas,parti Fatah, untuk mengadakan pilihan raya awal.

Read moreLima penduduk Penduduk Palestin Cedera dalam Pertelingkahan Dalaman di Gaza

Pejabat parlimen di al-Khalil menolak pendapat Abbas


Selasa, 19/12/06 –
Walaupun media barat memaparkan bahawa Abbas mendapat 81% sokongan dari rakyat untuk mengadakan pilihanraya awal, namun realiti menunjukkan sebaliknya. Di dalam wawancara secara rambang al-Jazeerah ke atas rakyat awam di Gaza, ramai di antara mereka yang menolak cadangan tersebut. Keadaan yang sama berlaku di bandar al-Khalil (Hebron).

Read morePejabat parlimen di al-Khalil menolak pendapat Abbas

Kumpulan pejuang Fatah menentang cadangan Abbas.


Selasa, 19/12/06 –
Kumpulan-kumpulan pejuang Fatah seperti Briged Syuhada al-Aqsa, al-Majlis al-Askari al-A’laa, Briged Khalid Abu ‘Aker, Quwwat al-Sa’iqah, Briged Tauhid (Fatah), Briged Ahmad Abu Rish, telah memberikan sokongan kepada cadangan Farouq Qadumi. Qadumi yang diwawancara oleh media di Damsyik, Syria telah menyuarakan pendapatnya yang menentang cadangan presiden Palestin, Mahmoud Abbas agar pilihanraya awal diadakan.

Read moreKumpulan pejuang Fatah menentang cadangan Abbas.

Qadumi bantah cadangan pilihanraya Abbas


Selasa, 19/12/06 –
Ketua bahagian politik PLO dan pemimpin tertinggi Fatah, Farouq Qadumi telah menolak cadangan Abbas untuk mengadakan pilihanraya awal. Beliau telah membuat kenyataan tersebut bersama para pemimpin fraksi-fraksi perjuangan Palestin yang lain di Damsyik sehari selepas presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengeluarkan kenyataannya. Pelbagai pihak dari PLO dan Fatah telah mengecam pendirian Qadumi yang mereka sifatkan terlalu lancang.

Read moreQadumi bantah cadangan pilihanraya Abbas