oleh : Maszlee Malik
Sepertimana masyarakat dunia yang lain, masyarakat Malaysia juga tidak ketinggalan merasa kecewa dengan apa yang berlaku di Palestin hari ini. Di kala rakyat Palestin dihukum oleh AS dan kuasa-kuasa barat kerana pilihan demokratik mereka, HAMAS dan Fatah kelihatan bercakaran sesama sendiri. Tatkala pihak rejim Zionis mencabuli tempoh bertenang (tahdi ah) dan membunuh rakyat Palestin melalui operasi “Summer Rains”, mereka pula berbunuhan sesama sendiri. Hal ini memerlukan penelitian, apakah yang membawa kepada pertelingkahan yang memalukan tersebut. Apakah mereka ini sekumpulan manusia yang degil dan tidak faham bahasa seperti tanggapan kebanyakan rakyat Malaysia terhadap bangsa Arab?, ataupun mereka sememangnya dilahirkan untuk bergaduh dan mengganas seperti tanggapan ramai dari kalangan masyarakat barat terhadap bangsa Arab? Atau terdapat sesuatu yang tidak dapat difahami oleh semua?