Isnin 08/10/07 –
Hamas mengutuk pembunuhan Rami Ayyad, 30 tahun yang ditemui mati pagi Ahad lalu di daerah Zaitoun, Bandar Gaza dengan luka-luka akibat tikaman dan sebutir peluru di kepala.
Month: October 2007
Jumaat, 05/10/07 –
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menyatakan yang mesyuarat antara Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert yang menghasilkan banyak kegagalan menggambarkan perbincangan dengan Israel hanyalah “satu sandiwara dan mengejar fatamorgana.”
Khamis, 04/10/07 –
Hamas telah menyangkal laporan yang menuduh pergerakan itu mengadakan perjanjian rahsia dengan kerajaan Mesir di mana 85 pemimpin Hamas dan anggotanya yang terkandas di Mesir dibenarkan untuk melintasi sempadan Rafah dan memasuki Semenanjung Gaza dan dalam masa yang sama ditukar dengan anggota Al-Qaeda yang dikehendaki ke Mesir.
Khamis, 04/10/07 –
Sebuah akhbar Israel berhaluan kanan dan organisasi Fatah telah bekerjasama untuk memburuk-burukkan Hamas selaku pergerakan Islam Palestin.
Selasa, 02/10/07 –
Gerakan Hamas memuji pernyataan John Dougart berkait laporan Lembaga Hak Asasi PBB yang menganggap PBB memihak kepada kepentingan Israel dan pura-pura tidak tahu terhadap kejahatan Israel.
Isnin, 01/10/07 –Dr Nizar Rayyan, salah seorang pemimpin Hamas di Jalur Gaza menolak dakwaan bahawa dia membocorkan rahsia kekuatan Hamas kepada akhbar Kuwait.
Rayyan berkata beliau tidak bercakap kepada mana2 media beberapa bulan yang lepas dan dakwaan tersebut menurut beliau adalah khabar angin semata2.
Isnin, 01/10/07 –
Ketua hakim Palestin, Sheikh Tayseer Al-Tamimi, pada Ahad lalu telah menuduh kerajaan Israel menukar Masjid Islam Ibrahimi yang terletak di tengah-tengah bandar Al-Khalil, Tebing Barat menjadi sebuah Sinagog Yahudi.
Isnin, 01/10/07 –
Jurucakap Hamas, Dr. Sami Abu Zuhri menyeru Presiden Palestin, Mahmud Abbas untuk mengkaji semula kesepakatannya berkait tindak ganas Israel terhadap Gaza.
Isnin, 01/10/07 – Yasser Mansour, seorang anggota Hamas yang mempunyai kuasa mengubah dan menyusun semula blok berparlimen Rabu lalu telah memberitahu yang askar-askar rejim Zionis mengambil kesempatan atas sikap diam antarabangsa untuk melanggar kekebalan Ahli Parlimen (MP) Palestin serta menyerang mereka.