(Terkini) Lieberman diajak pula ke Mesir walaupun telah berkata “Mubarak can go to hell”.

Khamis,  23/04/2009 – Sumber Israel melaporkan Rabu lalu bahawa Ketua Perisikan Mesir, Omar Suleiman yang merupakan individu yang bertanggungjawab secara tidak langsung mengenai pertukaran tahanan dan perbincangan gencatan senjata dengan Hamas, telah menjemput Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman untuk melawat Mesir.

Read more(Terkini) Lieberman diajak pula ke Mesir walaupun telah berkata “Mubarak can go to hell”.

Mesh’al seru tinggalkan ego, tolak campurtangan luar.

Selasa,  21/04/2009 – Khalid Mesh’al, Ketua Biro Politik HAMAS menegaskan gerakannya tidak akan membenarkan dialog Palestin ditukar menjadi acara ‘merebus batu’ dan menyeru agar keegoan dan penerimaan campurtangan luar ditinggalkan sama sekali. Beliau juga mengatakan pihak pejuang Palestin mampu menjayakan perjanjian pertukaran tawanan dengan syarat-syarat yang ditentukan pihak pejuang sendiri.

Read moreMesh’al seru tinggalkan ego, tolak campurtangan luar.

Misri: Cubaan bunuh Betawi gagalkan rundingan.

Isnin,  20/04/2009 – Gerakan Perubahan dan Reformasi Dewan Perundangan Palestin mengecam keras cubaan bunuh Syaikh Hamid Betawi. Kejadian ini dipercayai dilakukan oleh kumpulan Fatah. Selain itu, pimpinan Hamas turut ditangkap. Kejadian berlaku setelah Syaikh Hamid selesai solat Zuhur di masjid. Menurut salah seorang pimpinan Hamas, Misri (gambar) , sejak kemenangan Hamas di parlimen Palestin, pelbagai bentuk … Read moreMisri: Cubaan bunuh Betawi gagalkan rundingan.

Netanyahu batal lawatan ke US ?

Isnin,  20/04/2009 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memutuskan untuk membatalkan rancangan untuk melawat Amerika Syarikat selepas dia diberitahu bahawa Presiden AS, Barack Obama tidak akan bertemu dengannya. Netanyahu telah merancang untuk melawat Amerika Syarikat dengan tujuan untuk menyertai mesyuarat AIPAC (Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel). Radio Tentera Israel Ahad lalu melaporkan Netanyahu telah memberitahu … Read moreNetanyahu batal lawatan ke US ?

Sebuah rumah hancur di Gaza.

Isnin,  20/04/2009 – Sumber Palestin melaporkan pada Khamis malam (16/4/2009)  bahawa Tentera Udara Israel telah melepaskan tembakan ke sebuah rumah di timur Dir Al Balah, Semenanjung Gaza sehingga menghancurkannya. Rumah itu adalah milik penduduk bernama Hasan Abu Safiyya, sumber itu menambah. Sumber perubatan pula menyebut tiada kecederaan dilaporkan dan menambah rumah itu kosong ketika dibom. … Read moreSebuah rumah hancur di Gaza.

Al-Zahhar: Delegasi HAMAS ke Kaherah akhir April ini bagi mengemukakan jawapan terhadap cadangan perdamaian.

Isnin,  20/04/2009 – Dr Mahmoud al-Zahhar, pimpinan HAMAS berkata HAMAS telah mengkaji segala cadangan yang dikemukakan bagi melaksanakan perdamaian Palestin, termasuk cadangan Mesir. Delegasinya akan menuju ke Kaherah pada akhir bulan ini bagi menyemukakan jawapan terhadap cadangan-cadangan tersebut.

Read moreAl-Zahhar: Delegasi HAMAS ke Kaherah akhir April ini bagi mengemukakan jawapan terhadap cadangan perdamaian.

Nazzal: HAMAS tiada kaitan dengan Mesir dan isu Hizbullah.

Khamis,  16/04/2009 – Sidang anggota politik HAMAS, Mohammed Nazzal menegaskan gerakannya tiada kaitan dengan isu Lebanon Hizbullah dan kerajaan Mesir. Nazzal berkata kepada akhbar Al-Quds Al-Arabi terbitan semalam (Selasa) yang mana gerakan HAMAS bersimpati kepada parti Hizbullah yang berhadapan dengan kempen menentang mereka. Beliau menyatakan bantuan ke atas rakyat Palestin dan menyalurkan senjata kepada mereka bukan atas dasar perang tetapi lebih kepada melindungi.

Read moreNazzal: HAMAS tiada kaitan dengan Mesir dan isu Hizbullah.