Categories
Berita Semasa

Militan Abbas culik 9 anggota Hamas di Tebing Barat.

Sabtu,  15/08/2009 –

Sabtu,  15/08/2009 –Laman web Omamah yang ada kaitan dengan Hamas melaporkan semalam (Khamis) pihak keselamatan pimpinan Mahmoud Abbas, bekas Ketua Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah menculik 9 anggota Hamas di Tebing Barat semalam.

Categories
Berita Semasa

Israel menafikan laporan penculikan seorang askar mereka.

Sabtu,  15/08/2009 – Polis Israel dan pegawai keselamatan melaporkan pada Khamis bahawa laporan penculikan seorang askar Israel adalh palsu, dan tidak ada seorang tentera pun yang telah diculik. Pada sebelah tengah hari, polis Israel telah menerima laporan bahawa dua orang yang tidak dikenali telah memaksa seorang askar masuk ke dalam sebuah kenderaan berhampiran Lapangan Terbang Ben Gurion, dan terus melarikan diri.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Israel minta penjelasan Syria tentang askarnya yang hilang.

Jumaat,  14/08/2009 – Media Israel melaporkan bahawa Israel telah meminta Syria memberinya maklumat tentang seorang tenteranya yang hilang berdekatan sempadan Syria 12 tahun yang lalu.

Categories
Berita Semasa

Dua penduduk haram yahudi cedera terkena tembakan rakyat Palestin.

Jumaat,  14/08/2009 – Sumber kententeraan Israel melaporkan bahawa dua orang penduduk haram mereka cedera ringan selepas dua orang pejuang Palestin membuat tembakan rambang ke kenderaan penduduk haram tersebut di kawasan penempatan haram Yahudi Givat Horoeh, Utara Tebing Barat. Kedua-dua orang mangsa tersebut kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital Israel di Baitul Maqdis, dan tentera Zionis menggerakkan usaha menjejaki pejuang tersebut.

Categories
Berita Semasa

Tirawi: “Israel tidak ada agenda untuk keamanan”

Khamis, 13/08/2009 – Pemimpin kanan Fateh, Tawfik Tirawi, menyatakan yang kerajaan Israel tidak pernah punyai sebarang agenda keamanan dengan rakyat Palestin.

Categories
Berita Semasa

Ribuan penduduk sambut kepulangan Muhammad Mansour selepas 25 tahun tahanan

Khamis, 13/08/2009 – Propinsi Tulkarem seolah-olah menyaksikan majlis perkahwinan nasional yang amat meriah. Ia adalah majlis sambutan seorang pimpinan, Muhammad Mansour yang berasal dari bandar Bal’a, timur Tulkarem, salah seorang tawanan penting HAMAS dalam penjara Zionis, yang dibebaskan pada hari Selasa (11/8) selepas lebih 25 tahun dihabiskannya sebagai tawanan.

Categories
Berita Semasa

Israel bebaskan seorang tahanan selepas 25 tahun dipenjarakan.

Khamis, 13/08/2009 – Pihak Berkuasa Penjara Israel telah membebaskan seorang tahanan Palestin pada petang Selasa selepas memenjarakannya selama 25 tahun, lapor Pertubuhan Tahanan Penjara Palestin.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Gaza berhadapan dengan timbunan bom yang masih belum meletup.

Rabu,  12/08/2009 – Program Pembangunan PBB (UNDP) telah bermula dengan membersihkan 600,000 tan metrik saki baki runtuhan dan kemusnahan hasil daripada pencerobohan Israel semasa musim sejuk di Semenanjung Gaza.

Categories
Berita Semasa

Israel : “Hamas sedang membina kekuatan, berbondong pejuang memasuki Gaza untuk menyertai Hamas”.

Israel mendakwa gerakan Hamas di Semenanjung Gaza sedang bertindak membina kekuatan ketenteraan, iaitu menyeludup peluru berpandu anti pesawat, anti kereta kebal, dan pelbagai lagi ke wilayah bergolak itu.

Categories
Berita Semasa

Pembunuhan Hamadnah, tindakan mengaibkan.

Selasa,  11/08/2009 –Dr Ahmad Bahr, Timbalan 1 Ketua Majlis Perundangan, menegaskan bahawa pembunuhan seorang pejuang, Fadi Hamadnah menuntut seluruh kekuatan daripada pelbagai lapisan masyarakat berdiri membantah polisi penghapusan dan pembunuhan secara bersistem yang dilakukan oleh militia Abbas di Tebing Barat.

Categories
Berita Semasa

Netanyahu hubungi Mubarak untuk ucap terima kasih kerana berjaya gagalkan cubaan membunuh duta Israel.

Selasa,  11/08/2009 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menghubungi Presiden Mesir, Hosni Mubarak semalam (Isnin) untuk mengucapkan terima kasih kepada Presiden itu dan pihak keselamatannya yang telah menahan kumpulan yang merancang untuk membunuh Duta Israel.

Categories
Berita Semasa

Haneyya memohon untuk memberhentikan penganiayaan di penjara Tebing Barat.

Selasa,  11/08/2009 – Pemimpin Palestin, Ismail Haneyya menegaskan akan perlunya untuk menghentikan dasar penganiayaan yang dilakukan di penjara-penjara Tebing Barat yang kebanyakannya hanya membawa kepada kematian banduan-banduan Hamas di situ.

Categories
Berita Semasa

Musuh lari dari Gaza hasil perjuangan penduduk.

Selasa,  11/08/2009 – Briged Izzuddin al-Qassam, sayap tentera HAMAS mempersendakan kenyataan ketua pengganas Benyamin Netanyahu yang menganggap pengunduran mereka dari Gaza sebagai satu kesilapan. Briged itu menegaskan bahawa pengunduran itu sebenarnya terpaksa dilakukan hasil perjuangan dan keteguhan penduduk Gaza.

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Abu Halabiya beri amaran akan serangan berterusan Israel ke atas Jerusalem.

Selasa,  11/08/2009 – Ahli Parlimen bernama Ahmed Abu Halabiya yang merupakan ketua Institut Antarabangsa Al-Quds, cawangan Gaza memberi amaran bahawa serangan dan keganasan berterusan Israel ke atas Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa serta tempat-tempat suci umat Islam telah benar-benar melampaui batas.

Categories
Berita Semasa

Kempen antrabangsa gesa speaker Arab melobi untuk membebaskan MP Palestin.

Isnin,  10/08/2009 – Kempen antarabangsa yang memperjuangkan pembebasan ahli parlimen ( MP ) Palestin yang ditahan di dalam penjara Rejim Zionis  telah mengeluarkan satu mesej kepada semua speaker parlimen Arab bagi mengajak untuk menyertai kempen tersebut bagi menghidupkan semula kes penculikan tersebut yang semakin dilupai.