Isnin , 24-06-2019 - Turki bertekad menyerahkan kepemimpinan Jawatankuasa Penasihat Badan Bantuan dan Pekerjaan PBB untuk Pelarian Palestin UNRWA kepada Jordan yang telah dipegangnya sejak awal Julai tahun lalu.
Penyataan ini diungkapkanya dalam sebuah pertemuan terakhirnya yang diadakan di wilayah Laut Mati Jordan selama dua hari oleh pemerintah Turki pada 17-18 Jun 2019 lalu. Pernyataan yang disiarkan oleh pejabat berita rasmi Turki pada Rabu 18 Jun menegaskan bahawa sokongan penuh diberikan oleh pemerintah Turki kepada UNRWA selama tempoh kepemimpinanya menunjukkan bahawa badan tersebut sangat penting kepada para pelarian Palestin.
Pihak Turki menjelaskan bahawa selama tempoh kepemimpinan banyak usaha yang dilakukan untuk mendesak masyarakat antarabangsa agar meningkatkan sokongan kewangan dan politik kepada bagi badan tersebut. Ia menekankan perlunya Ankara melanjutkan sokongan ini dalam tempoh mendatang.Turki bertekad menyerahkan kepemimpinan Jawatankuasa Penasihat Badan Bantuan dan Pekerjaan PBB untuk Pelarian Palestin UNRWA kepada Jordan yang telah dipegangnya sejak awal Julai tahun lalu.
Penyataan ini diungkapkanya dalam sebuah pertemuan terakhirnya yang diadakan di wilayah Laut Mati Jordan selama dua hari oleh pemerintah Turki pada 17-18 Jun 2019 lalu. Pernyataan yang disiarkan oleh pejabat berita rasmi Turki pada Rabu 18 Jun menegaskan bahawa sokongan penuh diberikan oleh pemerintah Turki kepada UNRWA selama tempoh kepemimpinanya menunjukkan bahawa badan tersebut sangat penting kepada para pelarian Palestin.
Pihak Turki menjelaskan bahawa selama tempoh kepemimpinan banyak usaha yang dilakukan untuk mendesak masyarakat antarabangsa agar meningkatkan sokongan kewangan dan politik kepada bagi badan tersebut. Ia menekankan perlunya Ankara melanjutkan sokongan ini dalam tempoh mendatang.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Isnin , 24-06-2019 – Rejim Zionis(IOF) telah menculik tujuh rakyat Palestin semasa mereka berkempen di beberapa kawasan Tebing Barat seawal Subuh Rabu lalu.
Tentera Israel menangkap tujuh rakyat Palestin yang dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam aktiviti permusuhan.
Sumber tempatan memberitahu wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) bahawa berpuluh-puluh tentera telah menyerbu dan menggeledah rumah tahanan Rabhi Amara di kem pelarian Tulkarem dan merampas wang dari keluarga tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Rabu , 19-06-2019 – Pendatang haram Yahudi didapati telah menebang berpuluh pokok Zaitun milik penduduk Palestin di bandar Bani Na’im, timur al-Khalil.
Aktivis anti pendatang, Rateb al-Jabour berkata sekumpulan pendatang Yahudi memotong tanaman Zaitun di atas tanah penduduk Palestin di bandar tersebut yang baru dirampas pihak rejim zionis Israel bulan lalu. Bulan lepas, pihak rejim menyerahkan notis pemberitahuan kepada warga Palestin bahawa 4,800 dunum tanah mereka akan dirampas.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Rabu , 19-06-2019 – Jentolak-jentolak Israel pada Israel terus meratakan tanah di utara Khirbat Yanun, selatan Nablus, untuk tujuan peluasan penempatan pendatang.
Aktiviti meratakan tanah tersebut berlangsung selama tiga hari di kawasan tanah Palestin dekat penempatan haram Gado’nim, demikian menurut pegawai tempatan Ghassan Daghlas.
Kampung Khirbat Yanun telah kehilangan lebih kurang 85 peratus daripada tanahnya setelah rejim Israel (IOA) mengumumkan seluas ratusan dunum tanah sebagai rizab alam semulajadi dan membina lima penempatan serta pos tentera di kawasan itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Rabu , 19-06-2019 – Penduduk Israel telah menyembur grafiti perkauman di dinding masjid dan merosakkan beberapa kenderaan di kampung Kafr Malek di timur Ramallah, Palestin pada Subuh Isnin.
Para saksi melaporan bahawa penceroboh Zionis itu mencabut empat tayar kereta dan menyembur slogan melawan Arab dan Palestin di dinding masjid kampong tersebut.
Penduduk Israel berterusan menyerang rakyat Palestin dan harta mereka di Tebing Barat tanpa diburu atau dipersoalkan oleh pihak berkuasa Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : syed ahmad muhsin
Selasa , 18-06-2019 – Jawatankuasa pemulihan Hebron telah mendedahkan sebuah kumpulan penceroboh yahudi baru-baru ini telah membina sebuah pangkalan di tanah kepunyaan Palestin berdekatan pasar Emas di Souk al-Dahab di bandar al-Khalil.
Ketua jawatankuasa tersebut, Imad Hamdan berkata, penceroboh tersebut bercadang untuk menbina dua unit rumah selepas mereka berjaya merampas sebuah stesen minyak di jalan al-Shuhada (kawan tertutup) dan memagari kawasan terbabit.
Hamdan memberi perhatian yang tinggi terhadap perumahan dan bangunan rakyat Palestin di al-Khalil, terutamanya di kawan yang di umumkan oleh rejim zionis sebagai kawasan tertutup bagi aktiviti ketenteraan 17 tahun yang lalu.
Pada tahun 2014, rejim zionis telah mengumumkan banyak kawasan Palestin di al-Khalil telah ditutup untuk kawasan ketenteraan selepas kejadian berdarah yang disebabkan oleh pengganas yahudi Baruch Goldstein di masjid Ibrahimi.
Hamdan telah merayu kepada komuniti antarabangsa tentang perhatian yang tinggi dari organisasi beliau untuk menyatakan tanggungjawap mereka untuk mengambil tindakan terhadap pencerobohan Israel di al-Khalil.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Selasa , 18-06-2019 – Sekumpulan warga Yahudi telah menyusup masuk ke kampung Einabus di selatan Nablus pada waktu Subuh lalu memancitkan tayar dua buah kereta dan membuat grafiti menyembur berunsur rasis terhadap orang Arab di beberapa dinding di kawasan itu.
Pejabat tempatan Ghassan Daghlas berkata, penduduk dari penempatan haram Yitzhar menyelinap masuk ke kawasan utara kampung tersebut pada waktu subuh, memancitkan tayar dua buah kereta dan menyembur slogan rasis di dinding Masjid, klinik dan beberapa buah rumah.
Menurut kumpulan hak asasi manusia, insiden keganasan demi keganasan yang dilakukan oleh peneroka Yahudi ekstrem terhadap rakyat Palestin dan harta mereka adalah kejadian harian di seluruh Tebing Barat.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Selasa , 18-06-2019 – Mahkamah tinggi Israel telah menolak tuntutan sebuah Persatuan Yunani Ortodoks dan mengeluar kebenaran untuk meneruskan penjualan tiga aset hartanah di kawasan rampasan di Baitulmaqdis kepada sebuah kumpulan Yahudi yang bernama Ateret Cohanim.
Penolakkan tuntutan tersebut pada hari Isnin minggu lepas telah mengakhiri kemelut perundangan selama 14 tahun yang melibatkan penjualan berkenaan dengan Gereja Yunani di Baitulmaqdis. Ateret Cohanim adalah oraganisasi sayap-kanan yang berjuang untuk mendapatkan hartanah di Bandar Lama untuk penempatan Yahudi. Dengan keputusan pada hari Isnin tersebut, kumpulan tersebut secara langsung telah menguatkan kekuasaan mereka di Wilayah Kristian di Bandar Lama tersebut.
Kemelut tersebut bermula pada tahun 2005 apabila suratkhabar Maariv telah mengeluarkan laporan tentang penjualan 3 bangunan termasuk bangunan Petra dan Hotel Imperian di pintu plaza Jaffa berdekatan dengan pintu masuk Bandar Lama tersebut.
Laporan akhbar tersebut telah menyebabkan Geraja Yunani terlibat didalam kemelut diantara badan yahudi yang diketuai oleh Patriach Irenaeus yang di anggap sebagai melanggar undang-undang dan menggelar diri beliau sebagai Patriach yang sebenar.
Patriach yang terbaru, Theophilus III telah menolak urusniaga terbabit dengan alasan ia terbabit dengan salah guna kuasa, rasuah dan kekurangan kebenaran dari pihak gereja. Badan Patriarchate berkata, Irenaeus tidak mendapat kebenaran dari Majlis Synod untuk meneruskan urusniaga tersebut. Mereka juga difahamkan bahawa Pengarah Kewangan, Nikolas Papadimos telah menerima sejumlah wang daripada kumpulan yahudi Ateret Cohanim untuk meneruskan urusniaga tersebut dan beliau juga telah terlibat didalam salah guna kuasa yang melibatkan dana Patriachate.
Pihak Patriarchate juga telah berdebat tentang tanda harga yang dibayar untuk bangunan tersebut oleh Ateret Cohanim adalah lebih rendah dari harga pasaran semasa.
Tahun lepas, Mahkamah Israel telah menolak tuntutan berikut dan memberi kebenaran untuk urusniaga terbabit tetapi telah dikritik oleh Ateret Cohaim kerana gagal untuk membawa Ketua Organisasi tersebut, Matityahu Dan untuk bersumpah diatas urusniaga terbabit. Selepas kekalahan di Mahkamah Daerah, Patriachate telah membuat tuntutan di Mahkamah tinggi. Minggu lepas, peguam bagi Patriarchate telah mengulangi tuduhan mereka tentang rasuah, salah guna kuasa dan kekurangan kebenaran tetapi mahkamah telah menolak tuntutan terbabit dan memberi kebenaran untuk meneruskan urusniaga tersebut kepada Ateret Cohanim.
Walaubagaimanapun, mahkamah telah mengesahkan dakwaan Patriarchate tentang Papadimos telah menerima sejumlah 35,000 dolar amerika dari Ateret Cohanim dan mengecam kegagalan Dan untuk bersumpah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Jumaat , 14-06-2019 – Seorang pemuda Palestin cedera terkena tembakan peluru getah yang dilepaskan anggota tentera rejim Israel semasa operasi meroboh di Bir Una, Beit Jala, kawasan barat Bethlehem, wilayah Tebing Barat.
Menurut penduduk tempatan, tentera rejim melancarkan satu operasi meroboh sebuah bilik tempat tinggal dan empat bangsal usang di Bir Una atas alasan dibina tanpa kebenaran.
Semasa operasi itu, salah seorang ahli keluarga Zarina, warga tempatan yang merupakan pemilik tanah telah cedera apabila tentera rejim bertindak kasar dan melepaskan tembakan peluru getah ke keluarga tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Jumaat , 14-06-2019 – Rejim Zionis telah menahan 20 orang rakyat Palestin pada waktu Subuh Selasa lalu, termasuk dua orang kanak-kanak, ketika serbuan di Tebing Barat dan BaitulMaqdis.
Sumber tempatan mengatakan bahawa Rejim Zionis menangkap empat orang Palestin di Tulkarem, termasuk pemimpin Hamas, Raafat Nasif yang dibebaskan dari penjara Israel hanya beberapa bulan yang lalu selepas menjalani hukuman selama 20 tahun.
Penangkapan lain yang dilaporkan termasuklah serbuan yang menyasarkan pelbagai kawasan perumahan di Nablus, Ramallah dan BaitulMaqdis.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Jumaat , 14-06-2019 – Mahkamah Tentera Israel Ofer telah menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan dan denda 4000 shekel ke atas penulis Palestin Lama Khater, 42 tahun.
Khater, ibu kepada lima anak turut menerima lagi 10 bulan penjara yang terhenti selama lima tahun.
Beliau ditahan tentera Israel pada 24 Julai 2018, dan terdedah kepada soal siasat yang keras dan tidak berperikemanusiaan selama 34 hari di penjara Ashkelon.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Jumaat , 14-06-2019 – Sekumpulan besar bangsa Yahudi telah memecah masuk ke kawasan Masjid Al-Aqsa dibawah kawalan polis.
Sumber tempatan berkata, seramai 150 pendatang dari negara haram Israel telah memecah masuk kawasan Masjid al-Aqsa pada waktu pagi melalui pintu al-Maghareba. Mereka kemudian keluar melalui pintu al-Silsila selepas melakukan pusingan mengelilingi kawasan Masjid tersebut yang perhatikan oleh sekumpulan polis yang lebih besar.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Jumaat , 14-06-2019 – Mufti Besar Mesir Sheikh Shawki Allam mengutuk sekeras-kerasnya polis rejim kerana membenarkan ratusan pendatang Yahudi untuk mencemarkan Masjid Aqsa pada Ahad.
Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Dar al-Ifta di Kaherah untuk mengulas pencerobohan besar-besaran pendatang Yahudi ke atas Masjid Aqsa. Sheikh Allam memberi amaran tentang akibat buruk hasil kedegilan Israel untuk menerapkan unsur Yahudi di Baitulmuqaddis dan merubah mercu tanda serta memusnahkan identiti sebenarnya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Rabu , 12-06-2019 – Tahanan Palestin, Hasan al-Awiwi berhenti dari mogok lapar hari yang dimulakan sejak 69 hari lalu kerana membantah hukuman tahanan tanpa bicara setelah pihak Israel berjanji akan membebaskannya beberapa bulan lagi.
Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, pihak penjara dan perisikan rejim Israel mengesahkan telah berunding dengan seorang tahanan yang melakukan mogok lapar bernama Hasan al-Awiwi. Pihak penjara bersetuju untuk membebaskan tahanan tersebut pada hujung tahun ini sekiranya beliau menghentikan mogok laparnya, demikian kata pihak Suruhanjaya itu lagi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Rabu , 12-06-2019 - Seorang ahli petugas paramedik Palestin, Isnin (10/6) gugur syahid akibat kecederaan yang dideritanya setelah ditembak tentera Zionis ketika menjalankan tugas kemanusian dalam menyelamatkan para mangsa demonstrasi di Semenanjung Gaza timur.
Pihak Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) mengumumkan seorang petugas ambulans Mohammed Subhi al-Jadily (36 tahun) gugur sebagai syuhada akibat cedera ditembak ketika melaksanakan tugas kemanusiaannya pada 3/5/2019 dalam demonstrasi kepulangan di Gaza utara.
Ia mengalami cedera ditembak peluru Zionis logam berlapis yang menyebabkan patah tulang tengkorak kepalanya oleh tentera Israel ketika melaksanakan tugas kemanusiaan. As-Syahid Jadily adalah petugas medik keempat yang menjadi syuhada oleh tentara Israel ketika menjalankan tugasnya mengangkut para korban demonstrasi kepulangan sejak 30 Mac 2018 lalu, sementara itu, lebih dari 685 paramedik yang tercedera.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman