Isnin , 28-09-2020 – Kapal perang tentera laut Israel menyasarkan kapal nelayan Palestin di lepas pantai Semenanjung Gaza utara pada hari Khamis pagi dan mengejarnya di laut.
Sumber tempatan mengatakan bahawa kapal perang Israel melepaskan tembakan ke arah kapal nelayan dan nelayan ketika bekerja di laut.
Mereka menambah bahawa nelayan terpaksa kembali ke darat, sambil menambah bahawa tidak ada korban jiwa yang dilaporkan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor syuhada
Isnin , 28-09-2020 – Anggota biro politik Hamas Husam Badran menegaskan bahawa isu Palestin sedang menghadapi usaha penghapusan yang nyata. Oleh itu itu kami berharap pilihan raya umum Palestin akan berjalan dengan bebas merdeka dengan landasan penglibatan semua elemen nasional.
Hal itu disampaikan Badran dalam wawancara televisen dalam rangkaian dialog antara Hamas dan Fatah di Istanbul. Menurut Badran, dalam tiga hari pertemuan, telah dicapai sejumlah ketetapan bersama yang akan menjadi visi dan peta jalan menuju penglibatan dan sumbangan Palestin secara menyeluruh, mencakupi semua entiti dan elemen Palestin.
Pertemuan ini dibuat untuk membincangkan perkara penting yang berjaya menghimpunkan para pemimpin utama faksi-faksi Palestin.
Badran menegaskan bahawa landasan utama dalam menghadapi tentangan dan konspirasi adalah persatuan bangsa Palestin.
Tokoh Hamas ini menyatakan, “Dengan izin Allah, kami akan menempuh jalan ini, agar kami mampu menyampaikan kepada dunia dan kepada penjajah bahawa keputusan Palestin merupakan keputusan bersama dan tidak ada satu pihak yang boleh terlibat dengan usaha menghapus isu Palestin.”
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Isnin , 28-09-2020 – Pimpinan Hamas, Nader Sawafta memberi perkhabaran gembira kesepakatan yang di perolehi usai pertemuan antara Gerakan Hamas dan Fatah yang berlangsung di Istanbul, Turki baru-baru ini
Dalam kenyataan media beliau, Sawafta memaklumkan kesepakatan yang di capai ini adalah hasil dari beberapa perbincangan yang di buat oleh kedua-dua gerakan tersebut sejak awal September di Ramallah dan Beirut
Dengan kesepakatan ini, Sawafta optimis Palestine dapat menghadapi apa jua cabaran yang bakal mereka hadapi di masa hadapan. Pada masa yang sama beliau menyeru semua rakyat Palestin agar tetap bersatu dan mengambil langkah-langkah praktis mendepani ancaman serta rencana penjajahan zionis
Wakil kedua-dua gerakan tersebut membayangkan pengumuman rasmi kesepakatan akan di buat pada sesi pertemuan bersama Presiden Mahmoud Abbas yang akan berlangsung sebelum 1 Oktober ini.
Deligasi dari kedua-dua gerakan tersebut mengucapkan terima kasih kepada Recep Tayyib Erdogan serta kerajaan beliau yang telah menjadi tuan rumah untuk perbincangan ini serta memungkinkan pertemuan ini berjalan dengan lancar.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Jumaat , 25-09-2020 – Rejim Zionis pada hari Rabu lalu telah merobohkan kediaman yang sedang dibina milik seorang warga Palestin serta telaga pengumpulan air hujan di pekan Beit Awwa, di barat daya al-Khalil.
Datuk Bandar Beit Awwa Abdul-Kareem Masalma mengatakan bahawa rejim Zionis merobohkan sebuah rumah yang belum selesai milik Mufeed Abu Zanouna di wilayah Khilat Taha di pekan itu, dengan mendakwa kononnya ia dibina tanpa izin.
Beliau menambah bahawa rejim Zionis juga merobohkan dua telaga yang digunakan untuk mengumpulkan air hujan di kawasan yang sama.
Baru-baru ini, rejim Zionis telah mengumumkan kepada penduduk tempatan mengenai rancangan untuk merobohkan tiga kediaman milik mereka di kawasan itu.
Jumaat , 25-09-2020 – Tentera rejim zionis pada awal pagi memusnahkan tempat perkahwinan di kemasukan utama Kampung Jubara di selatan Tulkarem.
Ketua kampung Ihsan Awad berkata, tiga jentolak yang diiringi oleh segerombolan tentera rejim menyerbu kampung itu selepas tengah malam dan memulakan perobohan tempat tersebut secara keseluruhannya.
Satu keluarga Palestin yang tinggal di sebuah apartment kecil di kawasan berkeluasan 900 meter persegi itu dipaksa oleh oleh tentera rejim agar meninggalkan rumah mereka sebelum pemusnahan dijalankan.
Jumaat , 25-09-2020 – Pihak Otoriti penjajah Israel mengeluarkan keputusan ketenteraan untuk menguasai kawasan tanah di tengah kota Hebron yang diduduki penjajah Israel.
Penjajah Israel mengeluarkan peta menunjukkan wilayah yang menjadi sasaran dengan warna merah dan melampirkan bersama peta tersebut keputusan ketenteraan yang menegaskan penyitaan hartanah penduduk untuk “tujuan keamanan”.
Aktivis Issa Amr, Ketua Perhimpunan Pemuda Anti Penempatan Israel, menjelaskan bahawa keputusan militan Israel tersebut mencakupi 17 lokasi di Tel Rumeida dan jalan Syuhada, serta sekitar penempatan Kiryat Arba, di daerah yang diklasifikasikan sebagai H2 menurut Perjanjian Oslo.
Issa Amr menambah,luas tanah yang menjadi sasaran mencapai 3807 meter persegi, terletak di kawasan yang sangat penting di pusat Hebron.
Pengambilalihan tanah ini bererti sekatan lebih banyak terhadap warga di jalan Syuhada dan kampung Tel Rumeida. Pihak Israel mendirikan pos-pos pemeriksaan dan pos-pos tentera.
Hebron terhimpit kerana lebih dari lima puluh koloni penempatan Israel yang dihuni sekitar 30 ribu penduduk pendatang Yahudi, dan mereka bekerja untuk memperkuat cengkaman menyeluruh pada kota tersebut.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Khamis , 24-09-2020 – Father Atallah Hanna telah menekankan kepentingan mempertahankan Baitulmuqaddis dan kawasan-kawasan sucinya, menyifatkan ia sebagai tanggungjawab kemanusiaan, spiritual dan patriotik.
“Para anak lelaki dan perempuan kota suci merasa berbesar hati untuk melaksankan tanggungjawab demi rakyat dan bangsa. Mereka berada di barisan hadapan dalam mempertahankan Baitulmuqaddis, kawasan-kawasan sucinya dan harta tanah yang menjadi sasaran dan dicemari,” Bapa Hanna, Uskup Agung Gereja Ortodoks Palestin di Baitulmuqaddis berkata dalam kenyataan akhbar pada Isnin.
“Kami sedang melalui detik sukar di mana ia telah menjadi satu keperluan untuk menitikberatkan kepentingan kesatuan, kerjasama dan komunikasi Muslim-Kristian kerana mereka yang menyasarkan kota suci Islam adalah mereka yang sama menyasarkan harta tanah Kristian,” beliau menambah.
Khamis , 24-09-2020 – Gerakan Hamas mengumumkan pada Selasa kesimpulan lawatan tiga minggu pemimpinnya, Ismail Haneyya, yang disifatkan sebagai bersejarah, ke Lebanon sebagai ketua delegasi peringkat tinggi.
Haneyya bertemu dengan banyak pemimpin Lebanon rasmi, popular, kepartian dan intelektual. Dia menyatakan sokongan terhadap perpaduan, keamanan dan kestabilan Lebanon dan memuji hubungan persaudaraan dalaman dengan pelbagai komponen politik dan sosialnya, kata kenyataan Hamas.
Haneyya memuji peranan bersejarah Lubnan dalam menyokong rakyat Palestin dan pelariannya. Dia juga memuji perjuangan Lubnan, yang mengalahkan penjajahan Israel dan memaksanya untuk menarik diri dari sebahagian besar wilayah selatan pada tahun 2000 dan kemudian menang dalam perang Julai 2006.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ameen
Khamis , 24-09-2020 – Nasser al-Hidmi Ketua Pihak Berkuasa Baitulmaqdis meminta semua warga Palestin pergi ke Masjid al-Aqsa dan tinggal didalamnya untuk melindunginya dari serangan pelampau Yahudi dan mengabaikan apa yang diterbitkan oleh penjajah Israel.
Hidmi menjelaskan bahawa penjajahan Israel mengeksploitasi masa hari cuti Yahudi untuk memberi masa kepada pelampau Yahudi menyerang masjid al-Aqsa sekaligus menghalang penduduk Palestin memasuki masjid dan berdoa didalamnya atas dalih Pandemik Corona.
Dia menunjukkan bahawa pihak berkuasa pendudukan Israel memberi kuasa kepada pelampau Yahudi yang jaraknya lebih 500 meter dari masjid tersebut untuk sampai ke sana dan menghalang rakyat Baitulmaqdis dari memasuki masjid tersebut.
Hidmi memberi peringatan bahawa penjajah Israel mengambil kesempatan dari Pandemik ini yang secara langsung mengosongkan al-Aqsa dari orang Palestin. Namun, mereka gagal disebabkan oleh panggilan kepada rakyat Palestin untuk tinggal lebih lama didalam masjid tersebut.
Beliau juga berkata, penjajah Israel semakin berani melakukan kejahatan terhadap rakyat Baitulmaqdis dan seterusnya memperhebatkan serangan keatas masjidil al-Aqsa dan mereka mencuba untuk tukar keadaan de facto terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan normalisasi Arab di Israel.
Hidmi menekankan bahawa pengusiran rakyat Baitulmqadis dari masjidil al-Aqsa adalah satu kejahatan antarabangsa yang perlu mereka pertanggungjawapkan dibawah undang-undang antarabangsa.
Rabu , 23-09-2020 – Gerakan Hamas mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Nathan Sales, duta AS di Jabatan Negara, tentang lawatan ketua biro politik gerakan itu, Ismail Haneyya, ke Lubnan.
Hamas berkata dalam kenyataannya pada Ahad yang ini merupakan provokasi ke atas gerakan itu dan para pemimpinnya, dan pentadbiran AS memikul tanggungjawab sepenuhnya atas akibat yang ditimbulkan.Hamas menekankan yang ia adalah gerakan pembebasan kebangsaan Palestin yang mempertahankan kebebasan, hak dan maruah rakyat Palestin dalam menghadapi rejim zionis yang perkauman dan ini adalah hak yang dijamin oleh undang-undang langit dan antarabangsa.
Rabu , 23-09-2020 – Rejim Zionis (IOF) menahan seorang kanak-kanak di pusat pemeriksaan Abu Al-Rish di pekarangan Masjid Ibrahimi, al-Khalil pada tengah hari Isnin.
Pihak Berkuasa Pendudukan Israel telah menutup Masjid Ibrahimi sejak petang Sabtu dan mengenakan kawalan yang ketat di Kota Lama di pusat al-Khalil dengan alasan untuk mengadakan perayaan peneroka Tahun Baru Yahudi.
Di Baitulmaqdis, polis Israel telah menahan Malik Mustafa setelah mereka menyerbu kota Issawiya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nurul
Selasa , 22-09-2020 – Gerakan Hamas menyokong bantahan anti normalisasi yang dianjurkan di negara-negara Arab termasuk Bahrain, dan menyeru kerajaan Arab agar mendengar suara rakyat mereka.
Dalam satu kenyataan akhbar, jurucakap Hamas Hazem Qasem berkata yang bantahan-bantahan itu menggambarkan kesedaran dan penolakan semua bentuk normalisasi dengan rejim Israel.
“Mereka sedar, dengan rasa tanggungjawab kebangsaan, tentang bahaya perjanjian normalisasi dengan rejim,” jurucakap Qasem menambah.
Selasa, 22-9-2020 – 20 kanak-kanak bawah umur Palestin yang ditahan di penjara Damon Israel mengalami keadaan penahanan yang sangat sukar dan sering diabaikan.
Suruhanjaya Urusan Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin menggambarkan bahagian di mana remaja tersebut ditahan sebagai “tidak layak untuk kehidupan manusia.”
Menurut Suruhanjaya berkenaan, mereka ditahan di bilik-bilik yang dipenuhi serangga dan tikus, tanpa pengudaraan dan pencahayaan yang cukup dan berbau busuk serta bilik mandi tanpa pintu.
Remaja-remaja tersebut juga tidak diberikan air panas dan keperluan-keperluan penting lain, sementara halaman yang mereka gunakan untuk berjalan-jalan setiap hari adalah semata-mata laluan sempit di luar bilik mereka.
Selasa , 22-09-2020 – Hamas mengecam keras kenyataan Duta Amerika Nathan Sales, berkaitan kunjungan ketua biro politik Hamas, Ismail Haniyah ke Lebanon yang menyatakan bahawa Hamas sebagai organisasi teroris.
Dalam keterangannya Hamas menyatakan provokasi langsung terhadap Hamas dan pimpinannya akan memberi kesan besar yang harus ditanggung penuh akibatnya oleh pemerintah Amerika.
Hamas menegasakan bahawa mereka adalah gerakan pembebasan nasional Palestin yang membela kemerdekaan rakyat dan hak-haknya serta kehormatannya dalam menghadapi penjajah rasis zionis, sebagai kewajiban sah yang dijamin undang-undang antarabangsa.
Hamas menyatakan bahawa terorisme hakiki iaitu apa yang dilakukan penjajah Israel sejak 70 tahun disokong Amerika secara politik, militan dan kewangan. Ia adalah penglibatan langsung dengan pihak teroris.
Hamas meminta pemerintah Amerika untuk berhenti menerapkan tindakan double standard dan menuntutnya menghormati undang-undang antarabangsa dan hak bangsa Palestin untuk memperjuangkan kemerdekaan dan kemuliaan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Selasa , 22-09-2020 – Polis penjajah Israel pada hari Sabtu membebaskan tiga pemuda Jerusalem dari daerah Silwan dengan syarat dikenakan tahanan di rumah selama beberapa hari.
Menurut Pusat Maklumat Wadi Hilweh, Mahdi Khadour, Amer al-Muhtaseb dan Abed Odeh dibebaskan oleh polis dengan syarat tidak meninggalkan rumah selama lima hari.
Pasukan polis menculik tiga pemuda itu semasa berkempen di kejiranan Bir Ayoub di Silwan, selatan Masjidil Aqsa. Tidak ada maklumat mengenai sebab penahanan mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ameen