Categories
Berita Semasa

Israel kenakan sekatan perjalanan ke atas Sheikh Ekrima Sabri

Selasa,27-04-2021 – Perkhidmatan Dalam Negeri Israel pada hari Selasa menyerahkan perintah sekatan perjalanan  ke luar negara selama 6 bulan kepada Sheikh Ekrima Sabri, Ketua Majlis Tertinggi Islam di Jerusalem.  Menurut laporan dari laman web Arab48, perintah sekatan  ke atas Sheikh Sabri telah dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Israel, Aryeh Deri. Perintah sekatan itu tidak menyatakan sebarang sebab mengapa larangan ke atas tokoh tersebut dikeluarkan. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Lebih 60 peneroka mencemari Masjid Al-Aqsa.

Khamis,22-04-2021 – Segerombolan peneroka haram Yahudi pada hari Isnin mencemarkan kawasan Masjid Aqsa di kawasan taklukan Jerusalem dengan perlindungan dan kawalan polis. Masjid Al-Aqsa terdedah dengan aktiviti pencerobohan harian oleh peneroka haram Yahudi dengan pasukan polis pada pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Pertelingkahan berlaku semalaman di antara warga Palestin dan polis rejim

Khamis,22-04-2021 – Pertelingkahan ganas tercetus pada malam semalam di kota Arab, Jaffa di antara warga Palestin dan polis rejim setelah pelampau Yahudi mengadakan perarakan jalanan.

Beberapa pemuda Palestin dilaporkan ditahan atau cedera ketika kejadian.

Polis rejim turut menyerang Sheikh Ahmed Abu Ajwa, Imam Masjid Hasan Beik di Jaffa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Sabotaj Kemudahan Air, Bakar Panel Elektrik di Nablus

Khamis,22-04-2021 – Segerombolan peneroka haram pelampau Yahudi pada petang Ahad lalu telah menyusup masuk ke kampung Asira al-Qibliya, di selatan Nablus, dan membakar papan agihan elektrik utama yang digunakan untuk menyediakan bekalan air ke kampung tersebut.

Pegawai tempatan Ghassan Daghlas mengatakan bahawa peneroka-peneroka berkenaan telah membakar papan kuasa utama, untuk kali kedua berturut-turut dalam tempoh dua bulan, dan merosakkan pintu masuk utama tangki air yang menyalurkan air ke kampung Asira al-Qibliya.

Dua bulan yang lalu, peneroka dari penempatan haram Yitzhar telah menyusup masuk ke kampung berkenaan dan menyabotaj papan agihan elektrik yang sama serta pintu utama tangki air.

Seperti kawasan lain di Tebing Barat Yang Diduduki, kampung-kampung dan kota-kota Palestin di selatan Nablus adalah terdedah kepada serangan harian oleh peneroka haram dan tentera Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tahan Pemimpin Hamas Dan Tiga Lagi Di Tulkarem

Khamis,22-04-2021 – Rejim Zionis telah menangkap salah seorang pemimpin Hamas, Sheikh Adnan Al-Hosari, setelah menyerbu rumahnya di kem pelarian Tulkarem pada hari Isnin. Keluarga Hosari melaporkan bahawa tentera rejim telah memecah masuk ke dalam rumah, memusnahkan perabot, serta merampas alat komunikasi keluarga tersebut.

Hosari, 57, tahanan yang dibebaskan, menghabiskan lebih dari 12 tahun di Penjara Israel, kebanyakannya di dalam tahanan pentadbiran. Dia dibebaskan kira-kira dua bulan yang lalu setelah berada dalam penahanan pentadbiran selama 15 bulan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Ikhrimah Shabri: Tekanan Terhadap Warga Al Quds Akan Memicu Ledakan

Khamis,22-04-2021 – Khatib Masjidil Aqsha, Syeikh Ikrimah Shabri menegaskan, tekanan terhadap kaum muslimin yang terus menerus di Masjidil Aqsha hanya akan memicu ledakan.Semua pihak mengetahui kejahatan Zionis Israel terus dilakukam di kota Al-Quds.

Syeikh Shabri menyebutkan, setiap kali keangkuhan zionis meningkat maka kekuatan perlawanan dan pembelaan terhadap Al-Aqsha dan hak-hak warganya akan terus meningkat. Beliau menegaskan bahawa usaha untuk mematahkan semangat juang warga Al-Quds akan berakhir dengan kegagalan.

Tokoh Palestin ini menjelaskan bahawa fenomena kehadiran jemaah ke Al-Aqsha dan kesiapsiagaan di dalamnya membuat penjajah zionis marah, sehingga mereka menangkap warga Al-Quds untuk mengurangkan keberadaan jumlah jamaah yang hadir menunaikan solat. Kejahatan zionis terlihat dengan memutuskan kabel pembesar suara kerana bimbang terhadap ramainya jamaah yang akan hadir ke Al-Aqsha.

Menurut Syekih Shabri, kawasan pintu gerbang Amod dan kawasan Sahirah serta jalan Sholahudin merupakan kawasan penting di Al-Quds, sehingga banyak pertempuran yang terjadi di kawasan tersebut.Pihak penjajah Zionis berusaha mengambil penguasaan di lokasi tersebut.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menghalang kerja penyelenggaraan di tanah perkuburan Islam timur Yatta

Khamis, 22-04-2021 – Rejim Zionis pada hari Isnin mengarahkan kerja pembinaan di tanah perkuburan Islam di timur Yatta dihentikan. Fuad Al-Amour, penyelaras Jawatankuasa Perlindungan dan Ketabahan di Masafer Yatta, pada hari Ahad berkata bahawa rejim Zionis menyerbu penduduk Deirat, di timur Yatta dan mengarahkan kerja penyelenggaraan dan baik pulih di tanah perkuburan tersebut dihentikan.

Tentera rejim memberi amaran kepada penduduk bahawa jika kerja baik pulih diteruskan, satu arahan pemindahan tanah perkuburan tersebut akan dilaksanakan, menurut Amour.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan


Categories
Berita Semasa

Hamas: Penentangan akan berterusan sehingga pembebasan Al-Aqsa

Khamis,22-04-2021 – Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum telah menyatakan pada Ahad bahawa pertempuran untuk membebaskan al-aqsa ini akan berlanjutan dan tidak akan berakhir sehinggalah Zionis membebaskannya.

Dalam satu kenyataan bertulisnya, beliau memuji mengenai keteguhan rakyat Jerusalem dalam menghadapi perancangan dan melanggar penjajahan Israel.

Beliau meminta agar semua rakyat Palestine memainkan peranan masing-masing dalam menghadapi serangan Zinonis terhadap Jerusalem dan hak-hak mereka termasuklah hak memiih dalam pilihan raya akan datang. Beliau turut mendesak rakyat Palestine terutamanya yang berada di Tebing Barat agar sering mengunjungi Masjid Al-Aqsa untuk sama-sama melindungi dan menyokong orang-orang Jerusalem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Lagi Pencerobohan di Al-Aqsa

Selasa,20-04-2021 – Masjid Al-Aqsa sekali lagi dicemari 108 pendatang haram, manakala Pengerusi Masjid Omar Al-Kiswani ditahan agensi perisikan Rejim Zionis untuk siasatan lanjut.

Sumber tempatan memberitahu, 56 pendatang haram selain 52 pelajar Yahudi menceroboh Al-Aqsa dari Gerbang Al-Maghareba dengan dilindungi polis Israel.

Tindakan provokatif turut dilakukan sepanjang pencerobohan di pekarangan masjid sebelum masing-masing meninggalkan kawasan terbabit melalui Gerbang Al-Silsila.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Ribuan tahanan terus menderita di dalam penjara Israel

Selasa,20-04-2021 – Sempena Hari Tahanan Palestin, statistik menunjukkan yang 4,500 warga Palestin ditahan di 23 penjara Israel dan pusat siasatan berada dalam keadaan sukar.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh institusi-institusi tahanan itu, 41 daripada tahanan adalah wanita, kebanyakkannya di penjara Damon, manakala 140 orang kanak-kanak dan bawah umur ditahan di penjara Ofer, Megiddo dan Damon.

Jumlah tahanan yang ditahan oleh rejim zionis sebelum perjanjian Oslo dan masih ditahan telah mencapai 25, yang paling tua telah ditahan sejak 1983.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik warga Palestin di Jerusalem dan Tebing Barat

Selasa,20-04-2021 – Rejim Zionis telah menculik beberapa warga Palestin di Jerusalem dan Tebing Barat pada malam tadi dan waktu subuh hari Ahad.
Menurut sumber setempat, polis telah menculik dua pemuda Jerusalem ketika pertempuran dengan pemuda tempatan di Kota Lama.

Saksi berkata pertempuran ganas berlaku di beberapa kejiranan di Jerusalem, sebahagian besarnya di Bab al-Amud berhampiran Masjid Al-Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Polis Zionis Tahan Warga Palestin, Serang Jemaah Masjidill Aqsa

Selasa,20-04-2021 – Polis Zionis Israel pada Sabtu malam menangkap seorang pemuda Palestin dan menyerang yang lain setelah mereka selesai menunaikan solat terawih di Masjidil Aqsa.

Menurut sumber tempatan, pasukan polis menculik seorang pemuda bernama Ahmed Melhem di kawasan Bab al-Asbat setelah dia meninggalkan Masjidil Aqsa berikutan solat al-Tarawih.

Pasukan zionis juga menghujani warga Palestin dengan gas pemedih mata dan bom tangan berhampiran kawasan Bab al-Amud setelah mereka menunaikan solat al-Tarawih dan meninggalkan Masjid.

Mereka juga menyerang pemuda-pemuda tempatan dengan kejam dan mencederakan sebahagian dari mereka dalam pertempuran di sekitar Masjid.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah petani Palestin dan tanah mereka

Selasa,20-04-2021 – Rejim Zionis menyerang petani Palestin dan sebidang tanah di sempadan kawasan pertanian di selatan Semenanjung Gaza yang dikepung.

Menurut sumber tempatan, rejim Zionis melepaskan tembakan mesingan ke arah petani semasa mereka sedang bekerja di kebun mereka di timur kawasan Abasan di Khan Yunis.

Insiden serangan tembakan yang sama turut dilakukan di beberapa kawasan selatan sempadan, termasuk di timur kem pelarian Awdah di bandar Khuza’a.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Misyal: Kami Akan Paksa Israel Bebaskan Tawanan

Selasa,20-04-2021 – Ketua Gerakan Perjuang Hamas di Luar Negeri, Khalid Misyal mengatakan bahawa isu tawanan akan menjadi prioriti rakyat Palestin dan akan tetap di hati, akal pikiran dan Nurani mereka.

Misyal menambah, kami katakan bahawa kami peduli menyampaikan pesan tawanan di seluruh serantau dan antarabangsa, ini kewajiban paling minima.

Beliau mengisyaratkan bahawa para perjuang akan menggunakan segala sarana untuk meringankan penderitaan tawanan dan membebaskan mereka.

Misyal menegaskan, Israel tidak akan membebaskan tawanan kecuali dengan erlawanan bukan melalui perundingan dan tawar menawar. Perlawanan akan memaksa Israel untuk membebaskan tawanan.

Beliau melanjutkan bahawa tugas utama Hamas dan faksi perlawanan adalah menjamin kebebasan tawanan dan keluar dari penjara dan ini hak yang bersifat wajib. Misyal menegaskan bahawa perlawanan perlu diaktifkan di Tebing Barat bagi menjadi penghalang kepada keangkuhan Israel.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Majlis Perbandaran Israel Mulakan Pembinaan Taman Yahudi di Sheikh Jarrah

Selasa,20-04-2021 –Majlis Perbandaran Israel di Baitulmaqdis Yang Diduduki telah memulakan pembinaan sebuah taman Yahudi di atas sebidang tanah Palestin yang telah dirampas yang dikenali sebagai “Karam al-Mufti” di kawasan Sheikh Jarrah.

Pembinaan taman tersebut akan memakan masa dua tahun dan akan dibangun di atas 25 dunum tanah di Sheikh Jarrah dengan pembiayaan sejumlah 28 juta shekel, menurut majlis perbandaran Israel.

Menurut majlis perbandaran itu juga, projek taman berkenaan akan merangkumi kawasan tempat duduk, taman permainan, kemudahan sukan dan rekreasi, lorong pejalan kaki dan basikal, kafe, tandas awam, air pancut serta tempat-tempat dan struktur awam lain.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul