Netanyahu tunda kunjungan ke UAE dan Bahrain

Selasa, 09-02-2021 – PM Israel. Benjamin Netanyahu mengumumkan menunda kunjungan ke UAE dan Bahrain yang telah di jadualkan pada minggu ini. Netanyahu berkata penundaan tersebut lanjutan dari ‘lockdown’ di Israel.Beliau menyatakan penghargaan atas undangan putera Emeriah Arab Bersatu, Muhammad bin Zayed dan Raja Bahrain, Hmd bin Isa ke atas beliau serta menyifatkan perdamaian bersejarah antara … Read moreNetanyahu tunda kunjungan ke UAE dan Bahrain

IOF akan meratakan tiga kediaman, satu kandang ternakan di al-Khalil

Khamis, 04-02-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Selasa menyampaikan notis pemusnahan ke atas tiga rumah dan satu kandang ternakan di selatan al-Khalil atas alasan pembinaan tidak berlesen. Pegawai tempatan Rateb al-Jabour berkata, IOF menyerahkan kepada Fawzi Abu Tubaikh empat arahan ketenteraan ke atas tiga rumah dan satu kandang milik beliau di Kawasan Umm al-Amd … Read moreIOF akan meratakan tiga kediaman, satu kandang ternakan di al-Khalil

Peneroka Yahudi berterusan mencemari Masjid Al-Aqsa ketika perintah berkurung.

Khamis, 04-02-2021 – Polis Rejim Zionis Israel pada pagi Rabu membenarkan segerombolan peneroka haram Yahudi untuk mencemari Masjid Al Aqsa ketika perintah berkurung masih dilaksanakan ke atas Tanah Suci Al Aqsa. Mengikut sumber tempatan, peneroka haram memasuki masjid Al Aqsa melalui pintu Al-Maghariba dan menceroboh perkarangan masjid. Ada sumber melaporkan dikalangan peneroka haram Yahudi menjalankan … Read morePeneroka Yahudi berterusan mencemari Masjid Al-Aqsa ketika perintah berkurung.

IOF lancarkan kempen penahanan di Tebing Barat

Khamis, 04-02-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) menahan beberapa warga Palestin pada subuh Isnin ketika pencerobohan di Tebing Barat. Di al-Khalil, IOF menahan seorang jurutera Ismail Al-Awawda dan Abdel Halim Al-Owawi setelah menyerbu kota Dura. Jurutera Ismail Al-Awawda ialah salah seorang tokoh terkenal di al-Khalil kerana beliau merupakan bekas timbalan ketua Sindiket Jurutera dan berada … Read moreIOF lancarkan kempen penahanan di Tebing Barat

Israel geledah Tebing Barat dan Al-Quds, sejumlah warga Palestine di tangkap

Khamis, 04-02-2021 – Pasukan penjajah Israel melancarkan penggeledahan dan penangkapan sejumlah warga Palestine di beberapa kawasan di Tebing Barat. Di Betlehem, pasukan Israel menangkap 5 warga Palestine dari Kota Taqua dan mengancam untuk mengusir mereka keluar dari kawasan setelah menggeledah dan memeriksa rumah mereka. Sejak awal tahun ini penjajah Israel telah merobohkan 20 lokasi serta … Read moreIsrael geledah Tebing Barat dan Al-Quds, sejumlah warga Palestine di tangkap

Peneroka haram mencemari perkarangan Al-Aqsa.

Rabu, 03-02-2021 – Peneroka haram Yahudi meneruskan pencerobohan harian ke dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa pada pagi hari Selasa dan menjalankan upacara keagamaan Yahudi di bawah perlindungan  polis rejim Israel. Warga Jerusalem melaporkan beberapa kumpulan peneroka memecah masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa walaupun perintah berkurung dikenakan ke atas kawasan tanah suci. Pencerobohan dilakuan dari pintu Maghreba … Read morePeneroka haram mencemari perkarangan Al-Aqsa.

14 Warga Palestin Tebing Barat Diculik Zionis

Rabu, 03-02-2021 – Pasukan penjajah Zionis Israel (IOF) pada subuh Selasa menculik sekurang-kurangnya 14 warga Palestin semasa serbuan di Tebing Barat. Menurut sumber tempatan, IOF menculik lima warga Palestin semasa serbuan di kawasan yang berlainan di Ramallah. Mereka dikenali sebagai Wisam Abul-Saqer, Diya Farroukh, Naseem Odeh, Atta Khattab dan Fadi Amra. IOF juga menculik seorang … Read more14 Warga Palestin Tebing Barat Diculik Zionis

Pemberontak tanam pokok di Al Khalil dan memasang karavan di Salfit.

Rabu, 03-02-2021 – Pada Ahad yang lalu, pemberontak Yahudi telah menanam pokok di sekitar bandar Idna dan Tarqumiya, utara-barat al-Khalil dalam usaha mereka untuk merampas tanah tersebut. Abdel Monei Fatafta, Datuk Bandar Tarqumiya berkata, sekumpulan pemberontak dari penempatan berdekatan yang dibina diatas tanah milik penduduk Palestin, mula menanam pokok Zaitun dan pokok hutan yang lain di daerah Sha’b … Read morePemberontak tanam pokok di Al Khalil dan memasang karavan di Salfit.

Hamas menyeru penentangan ke atas keganasan Israel di Tebing Barat

Selasa, 02-02-2021 – Gerakan Hamas menyifatkan keganasan yang dilakukan polis rejim ke atas seorang pemuda Palestin di selatan Bethlehem seperti “kelakuan penjenayah secara sistematik oleh tentera rejim Israel dan pendatang Yahudi terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat.” “Keganasan sedemikian yang diamalkan oleh tentera rejim dan pendatang mencetuskan peningkatan penentangan ke atasnya, menghentikan penyelarasan keselamatan dan … Read moreHamas menyeru penentangan ke atas keganasan Israel di Tebing Barat

Tentera rejim Zionis Israel, merobohkan bangunan di beberapa kawasan Tebing Barat.

Isnin, 01-02-2021 – Rejim Zionis Israel pada hari Isnin lepas telah merobohkan bangunan dan rumah serta mengarahkan kerja pembinaan dihentikan di beberapa kawasan di Tebing Barat. Mengikut sumber tempatan, rejim Zionis Israel menyerbu kawasan perkampungan Zanuta berhampiran kawasn peneroka haram Shim’a di Selatan Al-Khalil dan menyerahkan perintah merobohkan bangunan klinik dan bangunan jawatankuasa kampung. Rejim Zionis … Read moreTentera rejim Zionis Israel, merobohkan bangunan di beberapa kawasan Tebing Barat.

Penggembala Palestin dan lembu mereka diserang di Kampung Kisan

Isnin, 01-02-2021 – Sekumpulan extremis Yahudi telah menyerang penggembala Palestin dan lembu mereka secara ganas di Kampung Kisan di timur Betlehem.  Ketua kampung tersebut, Ahmed Ghazal berkata, extremis Yahudi dari penempatan haram Ibei Hanahal telah melempar batu ke arah sekumpulan penggembala di Kisan dan mencederakan salah seorang dari mereka.Tambah beliau, mereka juga melepaskan anjing bagi … Read morePenggembala Palestin dan lembu mereka diserang di Kampung Kisan

Tentera Israel memusnahkan rumah-rumah di Lembah Jordan

Isnin, 01-02-2021 – Tentera rejim Zionis (IOF) pada pagi Isnin menyerbu kampung Khirbet al-Maitah di utara Lembah Jordan dan menyampaikan notis pemusnahan kepada sejumlah penduduk tempatan. Menurut sumber tempatan, seorang kru dari pentadbiran awam tentera Israel menyerahkan enam notis pemusnahan rumah di Khirbet al-Maitah. Enam keluarga akan diusir sekiranya pemusnahan dijalankan. Kru pentadbiran awam turut … Read moreTentera Israel memusnahkan rumah-rumah di Lembah Jordan

Rejim Zionis Tahan Beberapa Rakyat Palestin di Tebing Barat, Baitulmaqdis

Isnin, 01-02-2021 – Pada awal pagi Selasa lalu, rejim Zionis telah melancarkan kempen penahanan di pelbagai kawasan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis. Pertembungan telah meletus dan beberapa warga Palestin mengalami kesukaran bernafas. Di Bethlehem, sumber tempatan melaporkan bahawa rejim Zionis telah menahan seorang kanak-kanak lelaki Qusay Ali Taqatqa, 16, dari bandar Beit Fajar setelah menyerbu … Read moreRejim Zionis Tahan Beberapa Rakyat Palestin di Tebing Barat, Baitulmaqdis

Kunjungan Pertama Menteri Israel ke Sudan

Isnin, 01-02-2021 – Menteri Risikan Israel, Elly Cohen melakukan kunjungan pertamanya ke Sudan. Koresponden Diplomatik Israel, Barac Ravid berkata, Cohen bertemu beberapa orang pegawai tinggi Tenteraan dan Risikan Sudan sebelum kembali ke Israel setelah beberapa jam kunjungan ke Khartoum. Kunjungan ini merupakan yang pertama kali di lakukan oleh menteri Israel ke Sudan sehingga menjadi viral … Read moreKunjungan Pertama Menteri Israel ke Sudan

Rejim Zionis memusnahkan tingkap-tingkap dan pintu-pintu caravanserai Khan al-Lubban

Rabu, 27-01-2021 – Tentera rejim Zionis (IOF) pada pagi Isnin memusnahkan tingkap-tingkap dan pintu-pintu caravanserai bersejarah Khan al-Lubban di al-Lubban ash-Sharqiya village, selatan Nablus di Tebing Barat. Menurut saksi mata, IOF menyekat Kawasan di mana caravanserai Khan al-Lubban caravansary berada dan menggunakan jentolak untuk memusnahkan tingkap dan pintu luar. sumber : http://english.palinfo.compenterjemah : Nor idawati