Rejim Zionis Israel mengusir 15 ahli keluarga dari selatan al-Khalil.

Rabu,02-06-2021 – Rejim Zionis Israel pada hari Isnin telah merobohkan dan merampas 4 khemah di selatan al-Khalil dimana 15 orang dalam satu keluarga dihalau keluar. Ratib al-Jabour, penyelaras Jawatankuasa Penentang Peneroka Tembok dan Penempatan berkata dalam kenyataan media, Rejim Zionis telah menyerbu perkampungan  al-Buwaib, timur laut Yatta dan merampas empat buah khemah. Jabour menjelaskan dua … Read moreRejim Zionis Israel mengusir 15 ahli keluarga dari selatan al-Khalil.

Kempen Tangkapan di Tebing Barat, Baitulmaqdis, Tanah 1948

Rabu,02-06-2021 – Pada malam Ahad dan subuh Isnin lalu rejim Zionis telah menahan beberapa rakyat tempatan, termasuk tahanan yang telah dibebaskan, di pelbagai kawasan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis. Di Al-Khalil, rejim Zionis menahan bekas tahanan, Baha Zahdeh, 41, setelah menyerbu kediamannya di kawasan Al-Haraiq dan menggeledah banyak rumah kediaman keluarga Zahida dan Dais. Rejim … Read moreKempen Tangkapan di Tebing Barat, Baitulmaqdis, Tanah 1948

Haaretz : Israel Halang Perjalanan Penduduk Gaza Untuk Rawatan Barah

Rabu,02-06-2021 – Semenjak pencerobohan terakhir terhadap Gaza dimulakan, pihak berkuasa Israel telah menghalang pesakit barah meninggalkan wilayah pesisir itu untuk mendapat rawatan perubatan untuk menyelamatkan nyawa di hospital-hospital di Jerusalem. Pesakit-pesakit barah mendapatkan rawatan kimoterapi di hospital Jerusalem kerana rawatan itu tidak terdapat di Gaza. Menurut akhbar Haaretz, sejak hari pertama peperangan Israel ke atas … Read moreHaaretz : Israel Halang Perjalanan Penduduk Gaza Untuk Rawatan Barah

Polis Israel melanggar kanak-kanak Palestin kerana menaikkan bendera Palestin

Rabu,02-06-2021 – Polis Israel pada hari Ahad melanggar kanak-kanak Palestin berusian 15 tahun, Jawad Abbasi di kejiranan Ras al-Amud di bandar Silwan, selatan masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki, kerana memasang bendera Palestin pada basikalnya. Saksi melaporkan bahawa tiga orang anggota polis Israel mengekori Abbasi dengan kenderaan mereka semasa dia menunggang basikal dan melanggarnya dengan … Read morePolis Israel melanggar kanak-kanak Palestin kerana menaikkan bendera Palestin

Mishaal: Kami mengalahkan ‘entiti zionis’ dalam pertempuran yang lepas.

Selasa, 01-06-2021 – Khaled Mishaal, pemimpin Hamas di luar negara, menyatakan pada Jumaat bahawa pertempuran dengan ‘musuh zionis’ belum berakhir. Mishaal menambah Ketika berucap di Sambutan Kemenangan Pertempuran Saif Al-Quds di Lembah Bekaa Lubnan, “Kami mengalahkan entity zionis dan menang besar dalam pertempuran ini.” Beliau menyatakan, Israel cuba untuk mencapai secara politik, apa yang tidak … Read moreMishaal: Kami mengalahkan ‘entiti zionis’ dalam pertempuran yang lepas.

Beratus tunjuk perasaan di Washington sokong Palestin

Selasa, 01-06-2021 – Beratus orang melakukan tunjuk perasaan pada petang hari Sabtu di ibu negara US, Washington, sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin, menyeru US menamatkan bantuan kepada Israel. Peserta membawa bendera Palestin dan sepanduk, berhimpun di hadapan Tugu Peringatan Lincoln seketika sebelum berarak ke arah plaza di luar Rumah Putih. Mereka turut melaungkan slogan … Read moreBeratus tunjuk perasaan di Washington sokong Palestin

Keluarga Palestin Diarah Robohkan Rumah, Ladang di Bethlehem

Selasa, 01-06-2021 – Tentera rejim Zionis pada hari Sabtu lalu telah memerintahkan sebuah keluarga Palestin untuk merobohkan rumah kediaman dan ladang mereka sendiri di timur Bethlehem dengan alasan bahawa ia adalah pembinaan tidak berlesen. Bercakap bagi pihak keluarganya, Mohamed al-Wahsh mengatakan bahawa keluarganya mendapat notis daripada pihak pentadbiran awam tentera Israel yang memerintahkan supaya mereka … Read moreKeluarga Palestin Diarah Robohkan Rumah, Ladang di Bethlehem

Polis rejim Zionis menculik remaja Jerusalem dari Jalan Issawiya.

Selasa, 01-06-2021 – Polis rejim zionis Israel pada hari Sabtu lepas menculik seorang remaja Jerusalem dari kawasan timur Jerusalem , dalam daerah Issawwiya dan menyerahkan perintah berkurung kepada bapanya. Menurut sumber tempatan, polis rejim zionis menculik Nayef Obeid yang berusia 17 tahun semasa beliau dalam perjalanan ke kedai runcit di kawasan Obied di daerah Issawiya … Read morePolis rejim Zionis menculik remaja Jerusalem dari Jalan Issawiya.

Polis rejim Israel tembak dan tahan pemuda Palestin di Negev.

Selasa, 01-06-2021 – Polis rejim Israel menahan seorang pemuda Palestin pada subuh hari Sabtu di Negev selepas mengejar kereta dipandunya dan melepaskan tembakan. Menurut laporan pihak polis rejim, pemuda itu tidak berhenti di sekatan jalan sebaliknya terus memandu dengan laju, kemudian merempuh  kereta polis rejim mengakibatkan empat anggota polis pengawal sempadan rejim cedera dan akhirnya … Read morePolis rejim Israel tembak dan tahan pemuda Palestin di Negev.

Puluhan Peneroka Cemari Masjid Al-Aqsa

Selasa, 01-06-2021 – Puluhan peneroka Yahudi, termasuk Menteri Perumahan Israel Yaakov Litzman, mencemarkan Masjid Al-Aqsa di bawah kawalan polis pada pagi Ahad. Menurut sumber setempat, lebih 70 orang peneroka memasuki masjid itu melalui Pintu al- Maghariba dan mengelilingi halamannya di bawah perlindungan polis. Polis Israel menutup Pintu al-Maghariba, yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki … Read morePuluhan Peneroka Cemari Masjid Al-Aqsa

Rejim Israel paksa warga Palestin robohkan sendiri rumah.

Selasa, 01-06-2021 – Rejim Israel memaksa seorang penduduk Palestin di Al-Taybeh yang terletak di wilayah yang diduduki Israel 1948 merobohkan sendiri rumah yang sedang dalam pembinaan kerana bangunan itu tidak berlesen. Sumber tempatan melaporkan bahawa pemilik rumah, Nabil Amr telah dipaksa untuk meruntuhkan sendiri rumah yang sedang dibinanya itu bagi mengelakkan dari disaman serta  dikehendaki … Read moreRejim Israel paksa warga Palestin robohkan sendiri rumah.

Lebih 250 warga Palestin ditahan di kawasan Arab Israel dalam dua hari

Selasa, 01-06-2021 – Dalam tempoh dua hari lepas, lebih 250 pemuda dan wanita Palestin ditahan atas tuduhan penglibatan mereka dengan kekacauan terkini.  Hasan Jabareen, pengarah Pusat Perundangan untuk Hak Minoriti (Adalah), berkata, satu keputusan politik dari rejim Israel menjadi dalang di sebalik penangkapan terbaru di kawasan Arab, dan menyifatkannya sebagai tidak sah dan bertujuan mengganas … Read moreLebih 250 warga Palestin ditahan di kawasan Arab Israel dalam dua hari

Ireland: Israel terlibat dalam “penggabungan Palestin secara de facto” (Negara EU pertama yang menyatakan kedudukan tersebut)

Selasa, 01-06-2021 – Parlimen Ireland secara sebulat suara meluluskan usul yang mengecam “aneksasi de facto haram” terhadap tanah Palestin, termasuk Timur Baitulmaqdis oleh Rejim Zionis. Usul itu, yang dibentangkan oleh parti pembangkang Sinn Fein, disahkan pada hari Rabu setelah mendapat sokongan parti. Ini menjadikannya negara Kesatuan Eropah pertama yang mengambil kedudukan tersebut dan menggunakan ungkapan … Read moreIreland: Israel terlibat dalam “penggabungan Palestin secara de facto” (Negara EU pertama yang menyatakan kedudukan tersebut)

Rejim Zionis culik rakyat Palestine di Tebing Barat dan Jerusalem

Selasa, 01-06-2021 – Tentera zionis Israel telah menyersbu dan menculi beberapa orang rakyat Palestine di Tebing Barat dan Jerusalem pada malam Rabu dan berlanjutan hingga subuh Khamis. Menurut sumber tempatan, pasukan polis Israel di timur Jerusalem menculik sejumlah penduduk dari rumah mereka. Sebilangan dari mereka dikenali sebagai Nihda al-Zafhir, Adham Obeidat, Adnan Aliyan, Uday Kabaja … Read moreRejim Zionis culik rakyat Palestine di Tebing Barat dan Jerusalem

Qatar Janji $500,000 untuk Gaza Yang Dilanda Perang

Selasa, 01-06-2021 – Qatar menjanjikan $500,000 untuk projek pembinaan semula di Semenanjung Gaza yang dilanda perang, menurut Jawatankuasa Pembinaan Semula Gaza Qatar. Di laman web rasminya, Jawatankuasa Qatar menyatakan bahawa Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, telah mengeluarkan arahan untuk memperuntukkan setengah billion dollar sebagai sokongan untuk pembinaan semula Gaza. Jawatankuasa itu menjelaskan … Read moreQatar Janji $500,000 untuk Gaza Yang Dilanda Perang