Khamis, 08/05/2008 –Jurucakap Jawatankuasa Popular Anti Kepungan Gaza, Rami Abdo pada Selasa lalu memberi amaran sekatan Israel di Semenanjung Gaza telah mengakibatkan pengurangan air minuman secara mendadak dan menjadikan 1.5 juta penduduk Gaza berhadapan dengan risiko.
Month: May 2008
Rabu, 07/05/2008 –Menteri Luar Amerika telah melanjutkan mesyuaratnya di Baitul Maqdis disebabkan gagal mendapat jaminan daripada Israel berhubung isu penghapusan tembok tentera di Tebing Barat atau penempatan.
Rabu, 07/05/2008 –Kumpulan empat penjuru Kuartet di Timur Tengah menggesa Israel supaya membekukan pembinaan penempatan di Tebing Barata. Ia menyuarakan kebimbangannya yang mendalam terhadap sekatan yang dikenakan oleh Israel ke atas Ghaza.
Rabu, 07/05/2008 –
Ada di kalangan pegawai-pegawai kerajaan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert yang menyokong dan ada yang tidak ke atas rancangan gencatan senjata yang dicadangkan Mesir yang mana briged-briged Palestin menyuarakan kesetujuan mereka terhadap perkara tersebut. Sementara itu, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan mengumumkan bantahan mereka terhadap isu itu. Seorang pegawai lain tidak menolak Israel menerimanya tanpa persetujuan bertulis.
Rabu, 07/05/2008 –Shaol Mofaz, Timbalan Perdana Menteri Israel berkata, pemulangan Bukit Golan kepada Syria akan membuka ruang kepada kewujudan Iran Ia berikutan pengumuman mengenai perantaraan yang dilakukan Turki antara Israel dan Syria berhubung penyambungan semula rundingan damai yang terhenti sejak tahun 2000.
Rabu, 07/05/2008 –Tentera pengaman di Lubnan (UNIFIL) menafikan tuduhan Israel yang mendakwa maklumat mengenai aktiviti Hizbullah di selatan negara itu disembunyikan.
Rabu, 07/05/2008 –Persidangan ahli agama Yahudi telah mengeluarkan fatwa baru yang berbaur perkauman yang mana ia telah mengharamkan pengambil pekerja dari bangsa Arab serta menggesa mereka dihalau dari bandar.
Selasa, 06/05/2008 –Ahli Arab Knesset, Taleb Al-Sana menyatakan skandal kewangan Perdana Menteri Israel Ehud Olmert akan menjatuhkan dia sendiri, jika keputusan tentang pendakwaan terhadap beliau mengenai penglibatan beliau terbukti, maka dia tak boleh mempertahankan jawatannya.
Selasa, 06/05/2008 –Pergerakan Hamas Ahad lalu menyatakan bahawa kenyataan Setiausaha Amerika, Condoleezza Rice pada satu sidang ahkbar di Ramallah awal pagi ini memberi petanda bahawa proses perdamaian telah ‘mati’.
Selasa, 06/05/2008 –Pemimpin politik, Fatah dan ketua biro politik PLO, Farouk Kaddomi Isnin lalu mengkritik hebat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas kerana memberikan kerjasama dengan Israel di dalam rundingan yang dianggap sia-sia.
Selasa, 06/05/2008 –Duta EU untuk kerajaan Israel, Ramiro Cibrian Uzal pada Isnin lalu menyatakan sekatan ekonomi Israel di Gaza yang disokong AS dan EU telah gagal dalam mencapainya matlamatnya.
Selasa, 06/05/2008 –Hamas sekali menegaskan perjumpaan antara Mahmoud Abbas dengan Ehud Olmert hanyalah sesuatu tindakan yang sia-sia. Fawzi Barhoum, yang merupakan jurucakap Hamas menyatakan perjumpaan itu semata-mata untuk memenuhi permintaan Amerika yang dicadangkan oleh Bush.
Isnin, 05/05/2008 –Pihak penjara Israel telah mengenakan denda USD 100 terhadap Amal Fayez Juma dan menghalang beliau daripada lawatan saudara mara selama 3 bulan.
Isnin, 05/05/2008 –Jawatankuasa popular mengenai pengepungan Ahad lalu telah menyatakan laporan awal menunjukkan kerugian industri perikanan setiap hari di Semenanjung Gaza dianggarkan sebanyak 70 ribu dolar ditambah dengan 30 ribu dolar kerugian setiap hari akibat para nelayan tidak mampu untuk mengeksport ikan mereka ke pasaran di luar Gaza.