Categories
Berita Semasa

Haniyeh: Perjuangan Palestin adalah matlamat utama penyatuan

Rabu, 05-12-2012 – Perdana Menteri Ismail Haniyeh mengalu-alukan delegasi Yaman yang mewakili revolusi belia di Yaman dengan menekankan lawatan ini menterjemahkan kemenangan revolusi Yaman terutamanya delegasi yang terdiri daripada belia Yaman.

Kami gembira untuk bertemu dengan revolusioner belia Yaman yang bermula dari dalam rahim Spring Arab, kata Haniyeh sambil menginginkan lawatan ini akan menjadi langkah pertama ke arah pembebasan masjid Baitulmaqdis dan Al-Aqsa dan pembebasan semua penduduk Palestin.

Beliau menjelaskan Palestin mengikuti revolusi Yaman dan semua revolusi Arab, “kerana kami percaya penjajahan dan keganasan berterusan Israel bergantung pada sikap berdiam diri Arab dan sekutu-sekutunya terdiri yang daripada bekas pemimpin zalim Arab.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pemuda Mesir merancang untuk menghadiri ulantahun penubuhan Hamas di Gaza

Rabu, 05-12-2012 – Sekumpulan pemuda Mesir merancang untuk membuat perjalanan ke jalur Gaza untuk menghadiri majlis Hamas yang menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke 25 yang akan diadakan di al-Katiba al-Khadra di pusat bandar Gaza.

Para pemuda Gaza memberitahu wartawan PIC bahawa lawatan tersebut adalah panggilan daripada Gabungan Mesir – Antarabangsa untuk menamatkan pengepungan dan membina semula jalur Gaza.

Gabungan tersebut telah menyiarkan jemputan di laman rangkaian sosial yang menyebabkan para pemuda Mesir terpanggil untuk menyertai perjalanan ke jalur Gaza tersebut dan meraikan ulang tahun penubuhan Hamas yang ke 25.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : izzati

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel menahan dua warga dan membunuh seorang di al-Khalil

Rabu, 05-12-2012 – Pihak rejim menahan dua warga dari al-Khalil dan Bethlehem pada subuh serta membunuh seorang lagi di bandar Dura di al-Khalil di selatan Tebing Barat. Sumber tempatan mengatakan bahawa tentera rejim Israel menahan seorang pemuda dari Bethlehem dan seorang lagi dari al-Dhahiriya selatan al-Khalil setelah menyerbu kediaman mereka.
Seorang lagi pemuda Palestin berusia 22 tahun telah dicederakan oleh peluru Israel pada petang Sabtu di bahagian abdomen dalam pertelingkahan yang tercetus di antara warga dan tentera di bandar Dura, selatan Al-Khalil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Tangkap 29 Nelayan dan Sita 9 Kapal Sejak Genjatan Senjata

Rabu, 05-12-2012 – Pusat Hak Asasi Manusia (HAM) Palestin menyebutkan, tentera Zionis telah menahan 29 nelayan dan menyita serta merosakkan 9 kapal milik mereka sejak menandatangani perjanjian gencatan senjata.

Dalam laporanya, Ahad (2/12) yang disiarkan pihak infopalestina, HAM Palestin menyebutkan, serangan Zionis terhadap para nelayan masih terus berlanjutan, sekurang-kurangnya 29 nelayan Palestin ditangkap hingga kini. 14 nelayan diantaranya ditangkap sejak hari Sabtu lepas. Pihak tentera juga menyita dan merosakkan 9 kapal milik nelayan, sejak ditandatangani perjanjian damai oleh Israel.

Dalam hal ini, pihak HAM mengecam tindakan tentera Zionis yang sentiasa melanggar perjanjian damai di perairan Gaza. pihak HAM menyeru Israel menghentikan penangkapan terhadap para nelayan Palestin dan mengizinkan mereka mencari rezeki di perairan Gaza. Padahal mereka masih berada di dalam zon laut Gaza sejauh 6 mil dari pesisir pantai. Oleh kerana itu, HAM meminta dunia antarabangsa menghentikan segera tindakan pelanggaran Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Osman