Categories
Berita Semasa

Tahanan politik isytihar mogok lapar di penjara PA

Rabu, 06-01-2016 – Tahanan politik Palestin Jamal Karama, 43, mengumumkan pada Rabu akan mogok lapar di penjara PA sebagai bantahan ke atas pelanjutan penahanannya.

Isteri Karama berkata, Perkhidmatan Perisikan PA melanjutkan penahanannya walaupun dua arahan mahkamah dikeluarkan agar membebaskannya. Karama telah ditahan Isnin lepas atas tuduhan menghasut, demikian menurut isterinya.

Isteri beliau merayu semua institusi hak asasi manusia agar segera campur tangan untuk membebaskannya sebelum terlambat, tambahan pula mengalami masalah kesihatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

UNRWA kurangkan bantuan penjagaan kesihatan pelarian Palestin.

Rabu, 06-01-2016 – Thabet, sebuah organisasi yang terlibat dalam memperjuangkan Hak untuk Pulang para pelarian pada hari Selasa lalu, menyelar UNRWA, agensi PBB bagi bantuan pelarian kerana membuat keputusan untuk menyekat bantuan perubatan kepada pelarian Palestin di Lubnan dan meminta diadakan protes besar-besaran membantah langkah terbaru agensi itu.

Pihak Thabet telah mengeluarkan kenyataan berhubung satu laporan oleh pihak UNRWA yang membuat keputusan terbarunya yang dianggap sebagai “tidak adil” dan berkata bahawa keputusan itu àkan memberi kesan yang sama seperti mana keputusan yang dibuat agensi itu pada musim panas lalu yang telah menjejaskan masa depan akademik anak-anak pelarian. Bagaimana pun, keputusan yang dipilih UNRWA kali ini akan menjejaskan kesejahteraan kesihatan fizikal para pelarian pula.

Menurut laporan UNRWA, agensi itu merancang untuk melaksanakan satu peraturan baru bagi mengurangkan bantuan penjagaan kesihatan untuk pelarian. Sebelum ini, pelarian yang sakit tidak perlu membayar sebarang kos rawatan. Tetapi mengikut peraturan baru, pesakit dikehendaki membayar sebahagian 20 % dari kos rawatan jika mereka masuk ke hospital swasta, 15 % jika ke hospital kerajaan dan 5% jika ke hospital milik Pertubuhan Palang Merah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

142 Para Syuhada Intifada Robohkan Benteng Senyap Tentang Pelanggaran Israel.

Rabu, 06-01-2016 – Jumlah para syuhada Intifada Al-Quds yang tercetus sejak Oktober lalu, telah meningkat menjadi 142 orang. Ia berlaku di tengah-tengah pergolakan kemarahan yang terus merobohkan ruang bisu puak Arab dan global terhadap pelanggaran-pelanggaran penjajah Zionis di Masjid Al-Aqsa.

Sebuah kajian statistik yang dibuat oleh Pusat Kajian Israel dan Palestin iaitu “Al Quds Center”, menjelaskan bahawa kaum Hebron menjadi kaum yang paling banyak jumlah syuhada dalam intifada kali ini, iaitu sebanyak 41 syuhada.

Kajian ini membuktikan bahawa jumlah syuhada kanak-kanak telah mencapai 27 orang ataupun 21 peratus dari jumlah syuhada. Sementara itu jumlah kaum wanita meningkat menjadi 12 atau 8 peratus dari jumlah syuhada. Sejumlah 45 syuhada yang gugur berusia bawah 20 tahun ataupun 40 peratus dari jumlah keseluruhan para syuhada.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad