Categories
Berita Semasa

Kerajaan baru zionis patut ambil pengajaran.

Rabu,  01/04/2009 – Ketika membuat komentar terhadap kenyataan Perdana Menteri Zionis yang baru, Mushir al-Misri, seorang pimpinan HAMAS berkata, “kami tetap berpegang teguh dengan opsyen dan prinsip kami. Kami tidak akan sekali-kali tunduk.” Sambil menegaskan bahawa pendekatan mengugut tidak akan berjaya ketika berhadapan dengan rakyat Palestin dan pimpinan mereka yang dipilih dengan majoriti besar.