Categories
Berita Semasa

Hamas dan Fatah Menandatangani Persetujuan Persefahaman di Kaherah

Selasa, 03/05/2011 –Timbaan Ketua Biro Politik Hamas, Mousa Abu Marzouk berkata bahawa pergerakannya mencapai persetujuan dengan delegasi Fatah di Kaherah dan paksi Palestin itu akan bertemu pada Rabu untuk menandatangani persetujuan untuk bergabung.

Abu Marzouk berkata pada sidang media selepas menandatangani persefahaman tentang petang Rabu lepas di Kaherah. Beliau berkata bahawa persefahaman yang telah dipersetuju oleh delegasi Fatah dan Hamas termasuk pembentukan kerajaan bersatu, penyambungan tugas ahli Parlimen di Tebing Barat dan melaksanakan pilihanraya.

Ketua delegasi Fatah ke Kaherah, Azzam al-Ahmed menyuarakan kegembiraan apabila Palestin yang berpecah akan tamat, dan Israel mula memberi amaran kepada Mahmoud Abbas tentang hal ini kerana penglibatan Hamas. Dalam konteks yang sama, paksi pejuang Palestin yang lain menyokong Hamas dan Fatah kerana menandatangani perjanjian itu di Kaherah pada Rabu lepas.

“Kami sangat menerima perkembangan yang penting dan pantas ini dan menghargai usaha yang telah dibuat untuk menamatkan perpisahan dalaman dan membuang penderitaan besar yang ditanggng oleh rakyat Palestin kerana perpecahan ini,” kata pegawai tinggi Jihad Islam Khaled al-Batsh kepada Pusat Info Palestin (PIC)

“Kami menyeru penggabungan berlaku dengan cepat atas dasar mengekalkan pergerakan negara, meluruskan perjuangan rakyat palestin dan melindungi penentangan dan menutup kes penahanan politik antara kedua pihak,” tambah Batsh lagi.

Beliau juga menekankan kepentingan mempertahan dasar-dasar dalam perjanjian penggabungan itu.

Pegawai tinggi Pasukan Pembebasan Popular Palestin, Rabah Muhanna berkata bahawa Kaherah akan menjemput paksi itu berbincang dalam masa dua hari dan bersetuju dalam pembentukan kerajaan yang bersatu dan persediaan untuk pilihanraya dalam masa setahun.

Khaled Abu Hilal, ketua Pergerakan Pembebasan (Ahrar Movement), menyatakan keyakinan dalam kemampuan Hamas untuk mencapai persetujuan ke atas persefahaman itu dan melindungi pergerakan penentang dan memenuhi aspirasi penduduk Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

PPS isytihar 2010-2011 tahun perubatan terburuk setakat ini

Selasa, 03/05/2011 – Satu kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Persatuan Tahanan Penjara Palestin (PPS) mengisytiharkan tahun 2010 dan suku pertama tahun 2011 sebagai tempoh terburuk penafian pihak berkuasa penjara rejim Zionis terhadap keperluan tahanan penjara warga Palestin untuk mendapat khidmat perubatan.

Seramai lebih kurang 20 orang tahanan penjara warga Palestin yang telah disahkan menghidap kanser, 88 orang menghidap diabetes dan 25 orang lagi mengalami kegagalan buah pinggang. Manakala, lebih kurang 20 orang tahanan lagi mengalami kegagalan fungsi saraf motor sementara 10 orang lagi kini tinggal secara tetap di Hospital Ramle. Mereka termasuklah 3 orang yang mengalami lumpuh separuh badan.

PPS turut menyentuh tentang kematian seorang tahanan penjara baru-baru ini yang bernama Saytan al-Wali of Golan Heights, 45. Mangsa sebelumnya telah dikesan mempunyai tumor dalam buah pinggang dan perlu dibebaskan dengan segera bagi membolehkannya mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Tetapi pihak berkuasa penjara rajim Zionis tidak mengendahkannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Aktivis perpaduan asing turut serta dalam pembinaan sekolah di Lembah Jordan

Selasa, 03/05/2011 – Bermula hari Selasa, aktivis perpaduan asing dan warga Palestin bersama-sama membina sebuah sekolah di tenggara Al-Oje Ras dari Tobas di Lembah Jordan.

Warga di daerah tersebut berkata kepada wartawan PIC melalui telefon bahawa lebih dari 70 warga Palestin dan aktivis perpaduan asing meletakkan batu asas sekolah.

Mereka berkata bahawa sekolah itu akan dinamakan sempena memperingati pembunuhan aktivis Itali, Vittorio Arrigone. Ia sebagai lambang bahawa pembunuhan aktivis Itali tidak akan menghalang simpati warga asing dari memberi sokongan mereka terhadap rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada