Isnin , 07-09-2020 – Tentera rejim Israel (IOF) malam semalam dan pada Subuh menyerbu beberapa kawasan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis dan menculik beberapa warga Palestin.
Menurut sumber tempatan di Baitulmuqaddis, polis rejim menculik jurugambar Mohamed Qarout setelah menggeledah rumahnya di daerah Issawiya district dan merampas kamera serta barang lain milik beliau.
Seorang remaja bernama Muntaser Sabta turut diculik oleh polis rejim dari rumahnya di Issawiya.
Jumaat , 04-09-2020 – Tentera rejim Israel (IOA) pada Isnin memaksa dua warga Palestin bersaudara agar memusnahkan rumah mereka di bandar Beit Hanina Baitulmuqaddis.
Mereka berkata mereka dipaksa menggunakan jentolak untuk memusnahkan rumah mereka bagi mengelak membayar denda ribuan shekel kepada Perbandaran Baitulmuqaddis Israel.
Sejak penjajahan Baitulmuqaddis pada tahun 1967, Israel telah memusnahkan lebih 1,900 warga Palestin di kota itu sebagai sebahagian daripada polisi pengusiran warga Palestin secara paksa.
Jumaat , 04-09-2020 – Anggota biro politik Hamas Khalil al-Hayyah menegaskan, Hamas menyetujui gencatan senjata dengan Qatar sebagai moderator. Beliau memberikan tempoh 2 bulan kepada penjajah untuk menyetujui kesepakatan dengan tuntutan strategik menamatkan sekatan.
Dalam wawancara dengan tv al-Aqsha, al-Hayyah mengatakan dialog semalam merupakan usaha pengukuhan kesepakatan sebelumnya. Tuntutan kami sangat jelas, iaitu komitmen penjajah terhadap kesepakatan sebelumnya tanpa penundaan dan memenuhi keperluan warga yang sedang dilanda wabak, terutama keperluan makanan.
Al-Hayyah menjelaskan penyebab kesukaran perundingan adalah perbezaan berkait waktu yang diberikan kepada penjajah untuk melaksanakan sejumlah projek tersebut.
Disebutkan bahawa kebiasaan penjajah adalah menunda penerapan kesepakatan, terutama berkaitan dengan jumlah dana yang diizinkan masuk untuk melaksanakan sejumlah projek kemanusiaan.
Menurut al-Hayyah, wabak corona menjadi sebab penangguhan.Kami sibuk menangangi virus dan tidak mahu membebani warga dengan konflik melawan penjajah serta masuk dalam pusaran konflik baru.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Jumaat , 04-09-2020 – Rejim Zionis pada hari Isnin lalu telah mengenakan perintah berkurung di perkampungan Kisan di Bethlehem timur dan menyerang penduduk tempatan.
Timbalan ketua kampung Ahmed Ghazal mengatakan bahawa sejumlah besar tentera Israel telah menyerbu Kisan, berpecah-pecah di seluruh pelusuk jalan dan mengumumkan perintah berkurung melalui pembesar suara.
Ghazal menambah bahawa anggota tentera telah menghalang penduduk tempatan di jalan-jalan kampung, dan menahan mereka selama berjam-jam serta menyerang mereka secara fizikal.
Dia menegaskan bahawa orang awam dan harta benda mereka di Kisan sering terdedah kepada pencerobohan dan tindakan agresif oleh peneroka haram dan tentera Yahudi.
Baru-baru ini, segerombolan peneroka haram telah menganjurkan perarakan bersifat provokatif di dalam kampung. Anggota tentera juga telah menyerang gembala tempatan dan menghalang mereka daripada menghampiri jalan berhampiran kampung mereka.
Rabu , 2-9-2020 – Gerakan Jihad Islami menyatakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bertanggungjawab sepenuhnya kerana membenarkan rejim Israel memasuki wilayah Arab dan negara Islam.
Dalam kenyataan akhbar pada Selasa, ahli kanan Jihad Islami Khader Habib memberi amaran tentang cita-cita Zio-Amerika di wilayah itu, dan menyifatkan Israel seabagai wakil utama AS dan projek koloni besar-besaran yang menyasarkan wilayah Arab dan Islam.
Habib menyatakan yang tindakan AS di wilayah itu sekarang bertujuan membuatkan negara-negara Arab lain menormalisasikan hubungan dengan rejim dan membuat perjanjian yang akan mengancam wilayah Arab dan Islam.
Rabu , 02-09-2020 – Persatuan Tawanan Palestin (PPS) mengatakan bahawa keadaan kesihatan tahanan Palestin Tareq al-Rajabi, dari bandar al-Khalil, adalah semakin merosot berikutan penahanannya baru-baru ini.
Menurut PPS, baru-baru ini tahanan Rajabi telah menderita masalah teruk di kelenjar pituitari, tetapi keperluannya untuk rawatan perubatan yang teratur dan tepat telah terganggu ketika pasukan rejim Zionis menahannya enam hari lalu.
PPS menegaskan bahawa walaupun keadaan kesihatan Rajabi yang kritikal, pihak Israel tetap menahannya di bahagian transit penjara Ofer, di mana kes COVID-19 telah muncul di kalangan tahanan akhir-akhir ini.
PPS telah meminta pembebasan segera Rajabi serta semua tahanan yang menhidapi masalah kesihatan yang kronik dan serius, terutamanya setelah sebilangan tahanan diuji positif koronavirus di dalam penjara Israel.
Rabu , 02-09-2020 – Sebuah pesawat Israel pagi ini (31/8) mendarat di Abu Dhabi setelah berlepas dari lapangan terbang Ben Gurion Israel melalui ruang udara Arab Saudi, dalam penerbangan awam untuk pertama kalinya setelah kedua belah pihak sepakat melakukan normalisasi.
Penerbangan (LY 971) ini membawa delegasi rasmi Israel dan tokoh Amerika, termasuk Jared Kushner, penasihat Presiden AS Donald Trump.
Pada 13 Ogos lalu, telah diumumkan kesepakatan untuk melakukan normalisasi penuh antara Israel dan UEA.
Delegasi Israel-Amerika di Abu Dhabi mengatakan mereka fokus untuk memajukan kerja sama di beberapa bidang antara kedua negara, seperti diungkapkan pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu Selasa lalu.
Pesawat yang bernama “Kiryat Gat” sebuah nama penempatan Israel di atas runtuhan kota Irak Al-Manshiyya setelah serangan Zionis Israel dalam tempoh Nakba 1948 sepanjang 23 kilometer dari Gaza.
Sementara itu, Gerakan Perlawanan Islam Hamas mengatakan, para pemimpin Abu Dhabi bersikap keras melanjutkan dosa normalisasi dengan menandatangani perjanjian yang memalukan bersama entiti Zionis.
Dalam sebuah pernyataan yang dia terima, Pusat Informasi Palestina Isnin malam (31/8), pejabat Hamas mengatakan, penerbangan ini terjadi sehubungan dengan penerusan kejahatan Zionis yang mensasarkan kota Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa untuk menguatkan penempatan Zionis dan pencurian tanah yang mereka lakukan dalam rancangan rampasan dan pemindahan serta pengetatan sekatan yang tidak adil, disamping pergerakan militan yang berpanjangan di Semenanjung Gaza.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Selasa , 01-09-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza telah melaporkan satu kematian berkaitan COVID-19 (coronavirus) dan lapan kes positif baru.
Dalam kenyataan akhbar pada Rabu, kementerian kesihatan menyatakan mangsa baru, lelaki berusia 61 tahun berada dalam keadaan kritikal dan meninggal ketika dipindahkan dari Hospital Indonesia ke Hospital Eropah Gaza.
Berkenaan kes baru COVID-19 cases, lapan warga dari kem pelarian al-Maghazi di Gaza Tengah didapati positif manakala satu kes dikesan oleh para doktor di Hospital Indonesia.
Selasa , 01-09-2020 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya telah menegaskan bahawa terdapat hubungan dengan pelbagai pihak dan organisasi yang sedang dilakukan untuk membantu rakyat Palestin di Gaza menghadapi cabaran, menjadikan negara penjajah Israel sepenuhnya bertanggungjawab atas situasi mengerikan di sana.
“Mengingat keadaan dan perkembangan semasa, kepimpinan Gerakan berhubung dengan banyak pihak, terutama saudara mara di Mesir, Qatar, PBB dan Turki,” kata Haneyya.
Beliau mengatakan bahawa hubungan seperti itu bertujuan untuk mengumpulkan sokongan untuk rakyat di Gaza dan memperkuat keteguhan mereka dalam menghadapi cabaran.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Selasa , 01-09-2020 – Hamas mengecam pidato kordinator proses perdamaian di Timur Tengah, Mladinov, di depan Dewan Keamanan PBB yang melayan kepentingan penjajah Israel dan menampilkannya sebagai mangsa.
Anggota biro hubungan antarabangsa Hamas, Basim Naim menyatakan, “Kami dikejutkan dengan pidato negatif tuan Mladinov, kordinator proses perdamaian di Timur Tangah di hadapan sidang Dewan Keamanan PBB berkaitan keadaan terkini di wilayah Palestin secara umum dan Gaza secara khususnya.
Beliau menampilkan realiti yang melayani naratif penjajah Israel dan mengubahnya dari pihak yang zalim dan pelaku keji menjadi mangsa serta mengabaikan kenyataan yang tidak mungkin tokoh seperti beliau melakukannya.”
Dalam keterangan akhbar Naim menyebutkan, Gaza merupakan kawasan terjajah menurut undang-undang antarabangsa, dan Israel merupakan pihak yang melakukan penjajahan serta bertanggung jawab menurut undang-undang antarabangsa berkait kehidupan warga awam di kawasan ini, dan memenuhi semua keperluan hidup mereka.
Menurut Naim, sebab krisis kemanusiaan di Gaza adalah penjajahan Israel yang terus berlanjut lebih dari 5 dekad dan sekatan ketat yang dilakukan Israel lebih dari 14 tahun telah mengubah Gaza menjadi penjara besar. Israel berusaha menghapuskan kewujudan Hamas yang telah dipilih majoriti bangsa Palestin.
Semua bentuk perjuangan yang dilakukan bangsa Palestin merupakan hak yang diakui dan dijamin undang-undang antarabangsa.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Selasa , 01-09-2020 – Rejim Zionis pada waktu subuh dan malam hari Khamis telah menculik beberapa warga Palestin semasa serbuan di kawasan kediaman di beberapa tempat yang berlainan di Tebing Barat.
Rejim Zionis pada waktu subuh dan malam hari Khamis telah menculik beberapa warga Palestin semasa serbuan di kawasan kediaman di beberapa tempat yang berlainan di Tebing Barat.
Menurut sumber tempatan, rejim Zionis telah menyerbu Rujeib di Nablus dan menyerbu kediaman Khalil Duweikat, warga Palestin yang terlibat dalam kejadian tikaman maut di persimpangan jalan di luar pinggir bandar Tel Aviv, Petah Tikva pada hari Rabu.
Sumber yang dipercayai mengatakan bahawa rejim Zionis telah menyoal siasat anggota keluarga Duweikat, merampas telefon bimbit mereka dan menanda rumah mereka sebagai persediaan untuk merobohkannya sebagai tindakan hukuman.
Di Bethlehem, rejim Zionis menyerbu kawasan kejiranan di bandar itu dan menculik seorang kanak-kanak berusia 17 tahun bernama Omar Abu Ammar dan seorang remaja yang cedera bernama Na’eim Abu Ahour.
Abu Ahour mengalami kecederaan akibat terkena peluru kira-kira seminggu yang lalu ketika seorang tentera Israel menembaknya dekat Masjid Bilal Ibn Rabah di pintu masuk utara ke Bethlehem.
Di al-Khalil, rejim Zionis menyerbu kem pelarian al-Fawwar dan menculik seorang warganegara yang dikenali sebagai Iyad Abu Hash’hash.
Rejim Zionis juga menceroboh dan menggeledah beberapa rumah semasa kempen di kem al-Fawwar dan bandar Yatta.
Di Ramallah, rejim Zionis menyerbu kota Qarawat Bani Zeid dan Beit Liqya dan menculik dua warga dari rumah mereka.
Seorang warganegara lain juga turut diculik dari rumahnya semasa kempen Zionis di bandar Jinsafut, timur Qalqilya.
Rejim Zionis juga menyerbu beberapa kawasan lain di Tebing Barat, tanpa membuat sebarang tangkapan. Pertembungan dilaporkan berlaku antara belia tempatan dan tentera Israel di beberapa kawasan.