Rabu 11/06/2008 – Pergerakan Hamas menyatakan serangan baru tentera Israel terhadap penduduk Palestin yang berlaku pada tengah hari Selasa lalu sehingga membunuh tiga orang pejuang Qassam dan mencederakan lima orang yang lain di Shujaiyeh, timur bandar Gaza mengesahkan bahawa Israel tidak serius dengan sebarang perdamaian.