Zionis serbu kampung di al-Quds dan serah notis perobohan rumah.

Jumaat,  07/08/2009 – Beberapa sumber Palestin di al-Quds melaporkan bahawa pada hari ini (Rabu, 5/8) beberapa kumpulan pegawai Majlis Bandaran Zionis al-Quds menyerahkan notis perobohan rumah kepada 13 penduduk al-Quds di beberapa perkampungan bandar tersebut, dengan alasan pembinaan dilakukan tanpa kebenaran dan melakukan tindakan yang dianggap memperkecilkan arahan-arahan Zionis di bandar tersebut.

Read moreZionis serbu kampung di al-Quds dan serah notis perobohan rumah.

(Terkini) Isu tuntutan siasatan terhadap Yasser Arafat hangat didebat.

Khamis,  06/08/2009 – Persidangan Fatah yang diadakan di bandar Bethlehem, Tebing Barat telah memasuki hari kedua dengan para perwakilan yang menyertai persidangan itu mengkritik kepimpinan kerana tidak menuntut satu siasatan atas kematian bekas Presiden, Yasser Arafat dan menghentam mereka kerana tidak berkeras mengenainya.

Read more(Terkini) Isu tuntutan siasatan terhadap Yasser Arafat hangat didebat.

Resolusi Knesset membongkar wajah sebenar Zionis.

Khamis,  06/08/2009 – Dr Atif ‘Udwan, ahli Majlis Perundangan Palestin dari blok ‘perubahan dan reformasi’ yang juga bekas Menteri Hal Ehwal Pelarian berkata bahawa resolusi Knesset yang dikeluarkan kelmarin yang mencadangkan agar tanah Palestin 1948 diswastakan, sebagai satu langkah merbahaya yang menjelaskan lagi hakikat jelek regim Yahudi.

Read moreResolusi Knesset membongkar wajah sebenar Zionis.

Abbas : “Kami mecari keamanan, tetapi kami pertahan hak kami dalam menghukum pemberontak”.

Khamis,  06/08/2009 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, membuat kenyataan pada petang Selasa, bahawa Pihak Keselamatan Palestin sentiasa komited dalam proses keamanan berdasarkan prinsip-prinsip keadilan dan undang-undang antarabangsa, tetapi tambah beliau lagi, rakyat Palestin layak mempertahankan hak mereka untuk menghukum puak pemberontak yang dijamin undang-undang antarabangsa. Dalam ucapan perasmiannya di Mesyuarat Agung Fatah Kali Ke-6 di Baitul Lahm, Tebing Barat, Abbas menyatakan hak untuk bertindak balas. Beliau menambah lagi, rakyat Palestin tidak akan menerima untuk diheret ke dalam kancah pemberontakan, dan sentiasa mahu komited dalam mempertahankan prinsip kesalahan memberontak.

Read moreAbbas : “Kami mecari keamanan, tetapi kami pertahan hak kami dalam menghukum pemberontak”.

(Terkini) Aktivis berbasikal Ireland merentasi Eropah, Gaza Destinasi Terakhir.

Rabu,  05/08/2009 – Tiga aktivis berbangsa Ireland berbasikal merentasi Eropah dalam Kembara Ireland-Gaza, yang saiz perjalanan lebih 2 kali ganda jumlah jarak Jelajah Perancis kini berada berhampiran destinasi terakhir mereka iaitu Gaza. Mereka telah sampai di Jerusalam dan akan meneruskan perjalanan mereka menuju ke Gaza dalam masa terdekat.

Read more(Terkini) Aktivis berbasikal Ireland merentasi Eropah, Gaza Destinasi Terakhir.

Pemimpin kanan Briged Aqsa akan hadiri Persidangan Fatah di Baitulham.

Rabu,  05/08/2009 – Zakariyya Zobeidi, pemimpin Briged Al-Aqsa yang merupakan sayap tentera pergerakan Fatah yang berkhidmat di Tebing Barat serta 24 anggotanya berketurunan Palestin yang telah diberi ampun oleh Israel, dijangka akan menghadiri majlis perasmian pembukaan Persidangan Fatah Kali Ke-6 di Bailtulham, Tebing Barat pada hari Selasa.

Read morePemimpin kanan Briged Aqsa akan hadiri Persidangan Fatah di Baitulham.

Unesco: Gambar dan filem pelarian Palestin sebahagian ‘peringatan dunia’.

Selasa,  04/08/2009 – Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Ilmu Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) mengumumkan di penghujung mesyuarat khusus pada hari Jumaat lalu, perisytiharan memasukkan 35 bahan warisan filem dokumentasi yang tidak ternilai ke dalam rekod ‘peringatan dunia’. Antara bahan yang dimasukkan itu ialah yang berkaitan dengan dunia Arab, iaitu gambar dan filem yang mendokumenkan sejarah pelarian rakyat Palestin.

Read moreUnesco: Gambar dan filem pelarian Palestin sebahagian ‘peringatan dunia’.

(Terkini) PBB terima 1500 tuntutan ganti rugi atas kerosakan akibat pembinaan Tembok Pemisah.

Jumaat,  31/07/2009 – PBB telah melaporkan pada Khamis bahawa organisasi itu telah menerima hampir 1500 laporan daripada rakyat Palestin yang menuntut ganti rugi atas pembinaan Tembok Pemisah Israel dalam kawasan tanah mereka di Tebing Barat. Pegawai Ketiga Jawatankuasa PBB berkata, beliau telah mengkaji beratus-ratus tuntutan tersebut. Satu kenyataan telah disiarkan dalam satu laporan pada hari Khamis. Laporan ini melaporkan kerosakan akibat pembinaan Tembok Pemisah Israel dalam Tebing Barat.

Read more(Terkini) PBB terima 1500 tuntutan ganti rugi atas kerosakan akibat pembinaan Tembok Pemisah.