Rabu 11/06/2008 –Ismael Haniya, PM Palestin menegaskan bahawa pemerintahnya dan gerakan Hamas akan mengerahkan usaha secara maksimum untuk memenangi situasi dengan memulakan dialog nasional bagi mengembalikan kedudukan Palestin berdasarkan prinsip “tidak ada menang dan kalahâ€.
Category: Berita Semasa
Senegal Ketemukan Hamas dan Fatah.
Isnin, 09/06/2008 –Delegasi Hamas dan Fatah telah menutup pertemuan tiga hari di Dakar di bawah tajaan Senegal dengan satu perjanjian bahawa akan terdapat lebih banyak lagi pertemuan bagi membincangkan kaedah memperbaiki hubungan di antara sesama penduduk Palestin.
Isnin, 09/06/2008 –Ismail Haneyya, ketua kepada kerajaan bertanggungjawab untuk PA di Gaza telah menolak Pilihanraya umum sebagai pra-syarat untuk mengadakan dialog kebangsaan. Dia memberitahu Berita Lebanese, Al-Akhbar dalam satu wawancara yang disiarkan pada hari Ahad bahawa krisis dalaman boleh diatasi walaupun kesusahan yang melingkarinya.
Isnin, 09/06/2008 –Mitan Velnai, Timbalan Menteri Pertahanan Israel Ahad lalu telah mendedahkan bahawa serangan tentera Israel ke Semenanjung Gaza Strip hanya menunggu masa sahaja dan ia semakin hampir.
Khamis, 05/06/2008 –Kementerian Dalaman PA yang sah telah mengutuk serangan pada hari Rabu ke atas paip pembahagian
minyak yang telah menyebabkan kecederaan serius ke atas seorang pekerja Biro Awam Petroluem tersebut.
Khamis, 05/06/2008 –
Hamas berkata ia mengalu-alukan inisiatif Arab atau Palestin untuk mencapai perdamaian kebangsaan bagi kepentingan Palestin dan penduduknya.
Rabu, 04/06/2008 –Senior pemimpin Hamas, Dr. Mousa Abu Marzouk mengutuk mesyuarat antara pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel di BaitulMaqdis, Ehud Olmert. Beliau menegaskan bahawa mesyuarat seumpama itu hanyalah untuk melindungi jenayah-jenayah Israel.
FAO : Selamatkan Gaza !
Rabu, 04/06/2008 –Gabungan pertubuhan kebangsaan untuk menghapuskan kemiskinan di Palestin telah menyeru Pertubuhan Makanan Sedunia (FAO) agar segera menggerakkan usaha menyelamatkan penduduk Palestin di Gaza.
Rabu, 04/06/2008 –Keluarga kepada Hasan Yousef, seorang pemimpin Hamas yang terkenal di Tebing Barat yang juga seorang ahli parlimen, melaporkan bahawa mahkamah tentera Israel di Penjara Ofer telah memanjangkan tempoh hukuman daripada empat kepada enam tahun.
Selasa, 03/06/2008 –
Persatuan Islamik-Kristian sedang cuba melindungi Baitul Maqdis dan tempat penyembahan mereka dari serangan Judaism serta beberapa bangunan bersejarah berdekatan Masjidil Aqsa yang di ancam runtuh.
Selasa, 03/06/2008 –Agensi Berita Quds Press telah melaporkan 44 orang Palestin termasuk 6 kanak-kanak terbunuh sejak May lepas semasa pendudukan, serangan udara dan pembunuhan yang dilakukan kebanyakan di semenanjung Gaza oleh pihak Israel. Mengikut agensi berita tersebut, angkatan bersenjata rejim Zionis telah membunuh 5394 orang Palestin sejak meletusnya Intifada Aqsa pada September 2000.
Selasa, 03/06/2008 –
Perdana Menteri kerajaan sementara PA di Gaza, Ismail Haneyya Isnin lalu mengalu-alukan kenyataan daripada Preseden PA, Mahmoud Abbas yang mengalu-alukan mana-mana usaha Arab atau antarabangsa untuk menamatkan pembahagian negeri dalam Palestin.
Selasa, 03/06/2008 –Sheikh Hamad Khalifa berbincang dengan pemimpin Hamas dan ahli parlimen Palestin Dr. Mahmoud Al Zahhar berkenaan dengan perkembangan terkini di Palestin pada Ahad lepas.
Isnin, 02/06/2008 –David Hammerstein, Ahli Parlimen Eropah, Sabtu lepas mengutuk situasi kemanusian di bandar Al-Khalil , selatan Tebing Barat, menambah bahawa bandar
tersebut di bawah pemerintahan paling buruk di bawah pendudukan Israel.
Isnin, 02/06/2008 –
Dr. Ahmed Bahar, Speaker PLC pada Ahad lalu menyatakan gencatan senjata dengan rejim Zionis mestilah seiring dengan pembatalan kepungan di Gaza dan membuka lintasan dan pada masa yang sama askar Israel yang ditawan tidak akan dibebaskan sehinggalah Israel membebaskan tahanan-tahanan Palestin.