Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel memanjangkan tempoh tahanan Ahli Parlimen Palestin 6 tahun.

Rabu, 04/06/2008 –Keluarga kepada Hasan Yousef, seorang pemimpin Hamas yang terkenal di Tebing Barat yang juga seorang ahli parlimen, melaporkan bahawa mahkamah tentera Israel di Penjara Ofer telah memanjangkan tempoh hukuman daripada empat kepada enam tahun.

Categories
Berita Semasa

6 Kanak2 Palestin Terbunuh Sejak Mei Lepas.

Selasa, 03/06/2008 –Agensi Berita Quds Press telah melaporkan 44 orang Palestin termasuk 6 kanak-kanak terbunuh sejak May lepas semasa pendudukan, serangan udara dan pembunuhan yang dilakukan kebanyakan di semenanjung Gaza oleh pihak Israel. Mengikut agensi berita tersebut, angkatan bersenjata rejim Zionis telah membunuh 5394 orang Palestin sejak meletusnya Intifada Aqsa pada September 2000.

Categories
Berita Semasa

Gencatan Senjata Mesti Seiring Batalkan Kepungan Gaza

Isnin, 02/06/2008 –
Dr. Ahmed Bahar, Speaker PLC pada Ahad lalu menyatakan gencatan senjata dengan rejim Zionis mestilah seiring dengan pembatalan kepungan di Gaza dan membuka lintasan dan pada masa yang sama askar Israel yang ditawan tidak akan dibebaskan sehinggalah Israel membebaskan tahanan-tahanan Palestin.

Categories
Berita Semasa

Bekas Tahanan menyeru Abbas untuk menyahut usaha Hamas mengembalikan penyatuan.

Jumaat, 30/05/2008 –Tahanan yang baru dibebaskan, Sa’eed Al-Dahrur telah menyeru Ketua PA Mahmud Abbas untuk menghulurkan tangan perdamaian dengan Hamas dan menyahut usaha gerakan tersebut untuk mengembalikan penyatuan kebangsaan. Ini dibuat beliau semasa sidang akhbar yang dibuat oleh Persatuan Wa’ed untuk tahanan dan bekas tahanan

Categories
Berita Semasa

2 maut akibat ketiadaan ubat di Gaza.

Khamis, 29/05/2008 –Seorang bayi berusia 2 bulan dan seorang remaja Palestin mati di sebabkan bekalan perubatan tidak dibenarkan masuk ke Gaza oleh Zionis-Yahudi. Zionis-Yahudi juga tidak membenarkan rakyat Palestin untuk bergerak mendapatkan rawatan. Bayi dan remaja berkenaan menghidapi kanser mati berikutan kekurangan perubatan. Sehingga kini kematian di jangka seramai 169 orang akibat perbuatan zalim Zionis-Yahudi.

Categories
Berita Semasa

Haneyya : Bekalan Bahan Api Sedia Diuruskan.

Khamis, 29/05/2008 –Kerajaan sementara PA yang diketuai oleh Perdana Menteri, Ismail Haneyya menyatakan kerajaan beliau bersedia untuk menguruskan kemasukan bekalan bahan api Mesir untuk Semenanjung Gaza selepas Mesir mengumumkan satu rancangan untuk membekalkan wilayah tersebut dengan keperluan bahan api sambil menyatakan harapan langkah ini akan diterjemahkan melalui tindakan secepat mungkin.