HAMAS : Rundingan Abbas-Sharon Temui Kebuntuan

Gaza , Rabu , 22/06/2005 –
Pergerakan perjuangan Islam, Hamas, berpendapat bahawa Amerika Syarikat dan Israel sentiasa bekerja keras bagi menolak PA terjebak ke dalam kekalutan politik dengan cara mencipta dari masa ke semasa cara-cara baru bagi perbincangan politik dan pertemuan-pertemuan dalam masa yang sama gagal memenuhi permintaan orang-orang Palestin walau satu pun.

Read moreHAMAS : Rundingan Abbas-Sharon Temui Kebuntuan

Demonstrasi Anti-Tembok

Selasa , 21/06/2005 –Penduduk di pecan Al-Samo dengan disertai oleh komiti anti-tembok Israel mengadakan duduk beramai-ramai di kawasan “Ras Wadi Hunaihen”, timur pekan tersebut di mana tentera penjajah Israel (TPI) cuba berebut dan merampasnya dari penduduk Palestin. Berlaku pertempuran kecil dengan penduduk yang cuba membuat provokasi. Namun begitu, tidak ada kecederaan dilaporkan

Read moreDemonstrasi Anti-Tembok

Yahya Ayyash difilemkan

Beirut, Isnin , 20/06/2005 –Jika Cuba mempunyai ikon “Che Guevera” sebagai lambang perjuangan kemerdekaan mereka, maka rakyat Palestin mempunyai Yahya Ayyash sebagai ikon mereka. Pejuang muda yang pernah menggerunkan pasukan tentera rejim Zionis kerana kelicikannya dan juga kehebatan strategi peperangannya itu kini telah difilemkan oleh Basil al-Khatib, seorang produser filem yang mula menempa nama di layar perak Timur Tengah.

Read moreYahya Ayyash difilemkan

Israel bimbang Kesatuan Eropah (EU) mendekati HAMAS

Jumaat , 17/06/2005 –Kesatuan Eropah telah mengambil inisiatif yang berani dengan mengadakan perjumpaan terteutup bersama wakil-wakil HAMAS yang memenangi pilihanraya majlis-majlis perbandaran yang lalu. Hal ini telah disahkan oleh Abu Zuhir dan juga Mushir al-Masri. dalam kesempatan yang lain, AFP telah menerima maklum balas rasmi dari wakil EU berkenaan hal tersebut.

Read moreIsrael bimbang Kesatuan Eropah (EU) mendekati HAMAS