67 buah sekolah telah dibedil sepanjang 23 hari serangan rejim Zionis.

Isnin ,19/01/2009 – Pusat hak asasi manusia Al Mizan melaporkan bahawa sepanjang 3 minggu kempen penyerangan Gaza, tentera yahudi telah membedil lebih dari 67 buah sekolah termasuklah 36 sekolah dibawah kelolaan UNRWA. Dalam satu kenyataan yang diterima oleh PIC, Al Mizan melaporkan bahawa tentera yahudi telah mengebom sekolah kelolaan UNRWA walaupun lokasi tersebut menjadi tempat perlindungan rakyat Gaza yang melarikan diri dari serangan bom tentera yahudi.

Read more67 buah sekolah telah dibedil sepanjang 23 hari serangan rejim Zionis.

‘Gencatan Senjata’ Israel agenda tersembunyi Amerika.

Isnin ,19/01/2009 – Sejurus sebelum pengumuman ‘gencatan senjata’ Israel pada hari Sabtu, Menteri Luar Israel Tzipi Livni menerima jaminan bertulis daripada Setiausaha Amerika Condoleezza Rice mengatakan pihak Amerika akan meningkatkan kerjasama ketenteraan dan maklumat risikan untuk membantu Israel dalam operasi ketenteraan terhadap Palestin. Sebelum ini Amerika hanya terlibat dalam konflik dengan bantuan peralatan tentera dan … Read more‘Gencatan Senjata’ Israel agenda tersembunyi Amerika.

Kenyataan Olmert Bukti kekalahan Israel.

Isnin ,19/01/2009 – Usamah Hamdan, wakil Hamas di Lebanon, menyatakan kenyataan Ehud Olmert yang mahukan genjatan senjata sebelah pihak membuktikan kekalahan Zionis-Israel setelah perang 2006. Kenyataan Olmert juga menampakkan kekalahan Zionis-Israel dan kemenangan rakyat Palestin. Dalam kenyataan Olmert, mengaku masih tidak berjaya untuk membebaskan tentera Israel Gilad Shalit yang tidak diketahui sama ada hidup atau mati akibat serangan ganas Zionis-Israel.

Read moreKenyataan Olmert Bukti kekalahan Israel.

Menteri Kehakiman: Abbas bukan lagi Presiden Palestin yang sah !

Isnin ,19/01/2009 – Menteri Kehakiman Palestin, Mohamed Al-Ghoul menyatakan kesemua keputusan ataupun syarat-syarat yang dibuat oleh Ketua Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 9/1/2009 adalah tidak sah dan tidak perlu diikuti oleh rakyat Palestin. Beliau menambah, artikel 36 berkenaan tempoh kuasa presiden selama 4 tahun telah membuatkan Abbas bukan lagi Presiden bagi rakyat Palestin dan tiada kuasa yang sah untuk menandatangi apa-apa perjanjian bagi pihak Palestin.

Read moreMenteri Kehakiman: Abbas bukan lagi Presiden Palestin yang sah !

Yisrael Katz : Tentera rejim Zionis ternyata gagal operasi di Gaza.

Isnin ,19/01/2009 – Penggubal undang2 parti Likud , Yisrael Katz mengakui kegagalan tenteran rejim Zionis dalam melakukan pencerobohan pada Semenanjung Gaza, beliau menegaskan Israel tidak berjaya mencapai matlamat-matlamatnya dalam peperangan yang telah mengakibatkan ribuan nyawa terbunuh.

Read moreYisrael Katz : Tentera rejim Zionis ternyata gagal operasi di Gaza.

Ibu serta 5 beranak syahid Sabtu lepas.

Isnin ,19/01/2009 – Ibu bersama 5 anaknya menemui syahid selepas terkena bedilan bom udara di kem Buraij di tengah Gaza menjadikan jumlah syuhada kepada 1151 orang. Sumber perubatan berkata mereka adalah Manal al-Batran, 35, serta anak-anak beliau: Bilal, 2, Izzidin, 3, Iman, 10, Ihsan, 10, Islam, 15 terbunuh dalam bedilan tersebut.

Read moreIbu serta 5 beranak syahid Sabtu lepas.

Hamas: Kami akan terus menuntut untuk hentikan pencerobohan Israel.

Jumaat ,16/01/2009 – Gerakan Hamas menekankan yang mereka sekali-kali tidak akan berhenti dari menuntut agar Israel mengakhiri pencerobohan, menghentikan pengepungan dan membuka lintasan, dan menambah bahawa serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza adalah satu percubaan terdesak untuk menghapuskan penduduk Palestin.

Read moreHamas: Kami akan terus menuntut untuk hentikan pencerobohan Israel.

As-Syahid Syaikh Said Shiam, 50 tahun berjuang melindungi rakyat Palestin.

Jumaat ,16/01/2009 – Menteri Dalam negeri Palestin, pimpinan Ismael Haneya, Syaikh Said Shiam syahid bersama anak dan enam saudaranya digempur F16 Israel petang semalam (15/1). Ketika itu, beliau sedang berada di rumah saudaranya di Yarmuk Gaza City. Paling kurang tiga sanak saudara dan 30 yang lain meninggal dalam peristiwa tersebut.

Read moreAs-Syahid Syaikh Said Shiam, 50 tahun berjuang melindungi rakyat Palestin.

Terkini : Menteri Dalam Negeri, Said Seyam terbunuh semalam.

Jumaat ,16/01/2009 – Said Seyam, salah seorang pemimpin Hamas dan Menteri Dalam Negeri yang dilantik kerajaan Ismail Haneyya, terbunuh pada petang Khamis semalam bersama dengan anak lelaki beliau , abangnya dan isteri abang beliau dalam satu serangan udara Israel di sebuah rumah dalam kawasan Yarmouk di pusat bandar raya Gaza.

Read moreTerkini : Menteri Dalam Negeri, Said Seyam terbunuh semalam.

Hamas sokong tindakan kerajaan Bolivia memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.

Jumaat ,16/01/2009 – Hamas mengalu-alukan keputusan kerajaan Bolivia yang diterajui Presiden Evo Morales (gambar) memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel bagi membantah pencerobohan yang kini telah masuk minggu ke tiga di Semenanjung Gaza.  Satu sumber dari Hamas menyatakan pada hari Rabu , Bolivia dan Venezuela telah mengambil tindakan yang tepat. Beliau turut terkejut beberapa negara Arab … Read moreHamas sokong tindakan kerajaan Bolivia memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.