Rejim Zionis menculik menteri-menteri PA dan penggubal undang-undang Hamas.

Jumaat, 30/06/2006 –

Di saat dunia masih belum membuka matanya, tentera Israel telah terlebih dahulu menyerbu beberapa Bandar di Tebing Barat. Mereka menculik beberapa orang menteri PA serta beberapa orang ahli majlis undangan Hamas lewat Rabu lalu dan awal pagi Khamis ini.

Read moreRejim Zionis menculik menteri-menteri PA dan penggubal undang-undang Hamas.

Nazzal: Pemimpin-pemimpin Hamas tidak gentar dengan ugutan Zionis.

Jumaat, 30/06/2006 –

Mohammed Nazzal, ahli biro politik pergerakan Hamas mengatakan kepimpinan pergerakan itu telah berbincang secara serius mengenai ugutan Israel untuk membunuh pemimpinnya namun mereka sekali-kali tidak gentar dengan ugutan tersebut.Nazzal memberitahu Reuters Selasa lalu bahawa kerajaan Isarel seboleh-bolehnya mahu meletakkan semua masalah ke atas kepimpinan Hamas di luar negara terutamanya Khaled Mishaal, pemimpin politik tertinggi pergerakan itu.

Read moreNazzal: Pemimpin-pemimpin Hamas tidak gentar dengan ugutan Zionis.

Adakah Israel Negara Menarik Bagi Yahudi Dunia?

Jumaat, 30/06/2006 –

Beberapa minggu lalu Israel merayakan hari kemunculannya yang ke 58. Pada 25 Mei
1948, David Ben Gorion mendirikan negara Israel di atas 78% tanah Palestin yang
bersejarah. Beberapa saat kemudian, David Ben Gorion tertanya-tanya tentang
kemampuan dan potensi pemerintah Israel masa hadapan dalam menarik perhatian warga
Yahudi yang berada di 95 negara di dunia ke negara ?Israel?. Pada ketika itu
simbol-simbol dikibarkan untuk menarik majoriti Yahudi dunia ke Israel.

Read moreAdakah Israel Negara Menarik Bagi Yahudi Dunia?

PAS kecam tindakan Israel – kenyataan media

Jumaat, 30/06/2006 –

PAS membantah keras kekejaman rejim Zionis Israel yang sedang secara rakus menceroboh bumi Gaza di Palestin tanpa sebarang sifat kemanusiaan serta menangkap beberapa menteri kanan dan ahli-ahli Parlimen kerajaan Hamas.

Insiden ini jelas menunjukkan kebiadapan rejim Zionis Israel yang tidak langsung menghormati undang-undang antarabangsa serta kedaulatan sebuah negara walaupun mendapat bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak.

Read morePAS kecam tindakan Israel – kenyataan media

Tukaran Maklumat Penculikan dengan Membebaskan Tahanan Wanita dan Anak-anak

Rabu, 28/06/2006 –

Sumber-sumber Israel menyebutkan bahawa Gerakan Hamas, Front Rakyat dan Pasukan Islam telah mengedarkan risalah yang menyeru pemerintah penjajah Zionis Israel membebaskan para tahanan wanita dan anak-anak Palestin yang berusia di bawah
18 tahun dengan tukaran maklumat berkenaan tentera Israel yang diculik oleh pihak Palestin.

Read moreTukaran Maklumat Penculikan dengan Membebaskan Tahanan Wanita dan Anak-anak

Israel patut mengambil pengajaran. MP Qaraqi mendesak banduan ditukar.

Rabu, 28/06/2006 –

Jurucakap PLC kepada Hamas, Dr Aziz Duwaik (gambar) telah mendesak parti tersebut supaya peneruskan penahanan tentera Isreal yang ditangkap. Beliau menambah bahawa Israel sepatutnya mengambil pelajaran dan tahu makna polisi kelaparan yang telah dikenakan ke atas rakyat Palestin. ?Mereka (pekerja kerajaan Israel) mesti memahami bahawa pihak yang kelaparan tidak akan tunduk sama sekali,? ujar Duwaik di dalam Persidangan Anti-Dadah Kebangsaan di bandar El-Bireh.

Read moreIsrael patut mengambil pengajaran. MP Qaraqi mendesak banduan ditukar.

Kedatangan Mishaal ditunggu-tunggu

Rabu, 28/06/2006 –

Menteri Luar Mesir, Ahmed Abul Ghait telah dijadualkan untuk bertemu dengan Penasihat Keselamatan Dalam Negeri Presiden Mahmoud Abbas,Jibril Rejoub. Pertemuan dilihat sebagai satu perkembangan Dialog Nasional Palestin.Rejoub juga dijangka akan bertemu dengan ketua maklumat Omar Suleiman bagi membincangkan perkembangan terbaru arena Palestin.

Read moreKedatangan Mishaal ditunggu-tunggu