Jerusalem dikosongkan Israel untuk proses pengundian.

Rabu, 15/12/2004 – Penduduk Palestin dibenarkan untuk mengundi pilihanraya Presiden untuk memilih pengganti kepada Yasir Arafat, sumber rasmi dari Israel.Menteri Pertahanan Israel, Shaul Mofaz berkata askar Israel (baca: rejim Zionis) akan keluar dari kawasan Jerusalem sebelum penggundian pada 9/1/2005 ini dan akan berada di luar kawasan selama 72 jam.

Read moreJerusalem dikosongkan Israel untuk proses pengundian.

Pertempuran HAMAS dan Rejim Zionis. Ihsan Sawahna terbunuh.

Selasa, 14/12/2004 – Seorang aktivis Palestin terbunuh manakala 3 rejim Zionis cedera dalam satu pertempuran di utara Tebing Barat iaitu di bandar Nablus. Sumber dari pihak Palestin dan Israel mengesahkan ahli HAMAS adalah antara yang terbunuh pada Isnin, 13/12/2004. Wakil al-Jazeera di Nablus, Hasan al-Titi berkata, “Pemuda bernama Ihsan Sawahna, 27 tahun terbunuh”.

Read morePertempuran HAMAS dan Rejim Zionis. Ihsan Sawahna terbunuh.

Tentera Zionis Bunuh 548 Siswa Sejak Intifadah al Aqsa

Isnin, 13/12/2004 – Sumber-sumber rasmi Palestin menegaskan bahawa keadaan siswa-siswi Palestin di saat ini sangat mencemaskan. Mereka terus menjadi target pihak tentera Zionis Israel. Jumlah korban(baca : syahid) sejak meletusnya intifadah al Aqsa (September 2000) adalah seramai 548 siswa, dan yang mengalami kecederaan seramai 3500 orang. Manakala jumlah anak-anak dibawah umur yang ditahan adalah seramai 670 orang.

Read moreTentera Zionis Bunuh 548 Siswa Sejak Intifadah al Aqsa

Hamas Menceritakan Serangan Letupan di Gaza yang Membabitkan Perisik Israel

Gaza, Khamis, 9/12/2004 – Juru bicara Brigade Izzuddin al Qassam, sayap tentera gerakan Hamas, menyatakan pihaknya berjaya melakukan serangan hebat yang membunuh perisik Zionis Israel, di timur kota Gaza dalam satu serangan bernama as sahmu ats tsaqib (panah menembus). Serangan ini mengakibatkan ramai tentera Israel terbunuh dan cedera. Al Qassam juga meminta para informer Zionis Israel untuk kembali ke barisan rakyat Palestin dan bergabung bagi menentang Israel.

Read moreHamas Menceritakan Serangan Letupan di Gaza yang Membabitkan Perisik Israel

Adakah anda sanggup meletupkan diri anda sendiri ? – Tim Sebastian


Ini adalah antara soalan? berbau provokasi yang diajukan kepada Dr Azzam Tamimi (DA) daripada INSTITUTE OF ISLAMIC POLITICAL THOUGHT, London pada Selasa , 2/11/2004 yang lalu. Rancangan HARDTALK kelolaan TS sememangnya padat dengan soalan? yang panas. Sebelum ini Palestinkini telah menyiarkan wawancara bersama Khaled Misya’el . Mari ikuti bersama …

Read moreAdakah anda sanggup meletupkan diri anda sendiri ? – Tim Sebastian