Penduduk Israel Bantah Perintah Pengunduran Sharon

Selasa, 21/12/2004 – Kumpulan penduduk Israel (baca: rejim Zionis) hari ini mengumumkan tidak akan mengundurkan diri dari koloni Yahudi di tanah Palestin. Sementara itu, pengerusi Kounsil YESHA, Bentzi Lieberman berkata “Kami tetap dengan pendirian kami iaitu membantah sebarang keputusan yang kami anggap sebagai jenayah antarabangsa menghalau Yahudi dari rumah kami (baca: tanah Palestin yang dijajah rejim Zionis)”.

Read morePenduduk Israel Bantah Perintah Pengunduran Sharon

Penduduk Palestin di khemah pelarian Gaza di serang semlm (19/12/2004)


Helikopter rejim Zionis (RZ) telah menyerang utara Gaza selepas RZ memaksa rakyat Palestin di kem pelarian Gaza mengosongkan khemah mereka yang berakhir dengan serangan selama 2 hari. 11 rakyat Palestin terkorban 40 yg lain cedera. Beberapa rumah di bandar Bait Lahya dan Tal al-Zatar dimusnahkan oleh helikopter Apache buatan US semalam (19/12/2004), wakil al-jazeera melaporkan.

Read morePenduduk Palestin di khemah pelarian Gaza di serang semlm (19/12/2004)

Jerusalem dikosongkan Israel untuk proses pengundian.

Rabu, 15/12/2004 – Penduduk Palestin dibenarkan untuk mengundi pilihanraya Presiden untuk memilih pengganti kepada Yasir Arafat, sumber rasmi dari Israel.Menteri Pertahanan Israel, Shaul Mofaz berkata askar Israel (baca: rejim Zionis) akan keluar dari kawasan Jerusalem sebelum penggundian pada 9/1/2005 ini dan akan berada di luar kawasan selama 72 jam.

Read moreJerusalem dikosongkan Israel untuk proses pengundian.

Pertempuran HAMAS dan Rejim Zionis. Ihsan Sawahna terbunuh.

Selasa, 14/12/2004 – Seorang aktivis Palestin terbunuh manakala 3 rejim Zionis cedera dalam satu pertempuran di utara Tebing Barat iaitu di bandar Nablus. Sumber dari pihak Palestin dan Israel mengesahkan ahli HAMAS adalah antara yang terbunuh pada Isnin, 13/12/2004. Wakil al-Jazeera di Nablus, Hasan al-Titi berkata, “Pemuda bernama Ihsan Sawahna, 27 tahun terbunuh”.

Read morePertempuran HAMAS dan Rejim Zionis. Ihsan Sawahna terbunuh.

Tentera Zionis Bunuh 548 Siswa Sejak Intifadah al Aqsa

Isnin, 13/12/2004 – Sumber-sumber rasmi Palestin menegaskan bahawa keadaan siswa-siswi Palestin di saat ini sangat mencemaskan. Mereka terus menjadi target pihak tentera Zionis Israel. Jumlah korban(baca : syahid) sejak meletusnya intifadah al Aqsa (September 2000) adalah seramai 548 siswa, dan yang mengalami kecederaan seramai 3500 orang. Manakala jumlah anak-anak dibawah umur yang ditahan adalah seramai 670 orang.

Read moreTentera Zionis Bunuh 548 Siswa Sejak Intifadah al Aqsa

Hamas Menceritakan Serangan Letupan di Gaza yang Membabitkan Perisik Israel

Gaza, Khamis, 9/12/2004 – Juru bicara Brigade Izzuddin al Qassam, sayap tentera gerakan Hamas, menyatakan pihaknya berjaya melakukan serangan hebat yang membunuh perisik Zionis Israel, di timur kota Gaza dalam satu serangan bernama as sahmu ats tsaqib (panah menembus). Serangan ini mengakibatkan ramai tentera Israel terbunuh dan cedera. Al Qassam juga meminta para informer Zionis Israel untuk kembali ke barisan rakyat Palestin dan bergabung bagi menentang Israel.

Read moreHamas Menceritakan Serangan Letupan di Gaza yang Membabitkan Perisik Israel