UNEP : Bekalan air Gaza dalam keadaan genting.

Ahad, 03/01/2010 – Program Alam Sekitar PBB ( UNEP ) memberi amaran bahawa bekalan air bawah tanah bagi menampung 1.5 juta rakyat Palestin berdepan kemungkinan terputus selepas kebanyakan punca air ini musnah akibat serangan Israel akhir 2008. Di dalam satu laporan UNEP di Gaza, sumber air alternatif perlu diusahakan bagi mengatasi masalah ini. “ Kemusnahan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih, melainkan masa dapat diputarkan kembali ke belakang. Selain kerjasama Mesir-Israel turut mengeruhkan keadaan, tindakan harus dikenakan ke atas negara ini,“ demikian tercatat dalam laporan tersebut.

Read moreUNEP : Bekalan air Gaza dalam keadaan genting.

Rejim Israel memusnahkan lebih dari 130 buah rumah warga Palestin dalam tahun 2009.

Ahad, 03/01/2010 – Persatuan pembangun penduduk sekitar Baitul Maqdis melaporkan bahawa rejim Israel telah memusnahkan lebih dari 130 buah perumahan warga Palestin di bahagian timur Jerusalem pada tahun 2009, memperlihatkan bahawa angka ini telah menunjukkan peningkatan yg begitu ketara jika dibandingkan dengan tahun lepas.

Read moreRejim Israel memusnahkan lebih dari 130 buah rumah warga Palestin dalam tahun 2009.

Galloway : “Mesir mungkin disuruh, dipanggil dan diperintah Israel, tetapi Viva Palestin tidak!”

Ahad, 03/01/2010 –Ahli Parlimen Britain dan aktivis pro-Palestin, George Galloway Rabu lepas menyatakan beliau telah menerima surat daripada Mesir dua minggu lalu yang menuntut agar mendapatkan kelulusan Israel sebelum membenarkan konvoi Lifeline 3 memasuki Semenanjung Gaza, namun beliau tetap menolak segala bentuk kerjasama dengan Israel.

Read moreGalloway : “Mesir mungkin disuruh, dipanggil dan diperintah Israel, tetapi Viva Palestin tidak!”