Categories
Berita Semasa

Al-Asy’al mengutuk sikap Mesir terhadap HAMAS

Khamis, 01/07/2010 – Seorang bekas diplomat dan pensyarah dalam bidang sains politik di beberapa buah universiti Mesir, Abdullah al-Asy’al  (gambar) mengkritik cara Mesir mengambil pendirian terhadap isu sekatan yang dikenakan ke atas Genting Gaza dan terhadap HAMAS yang memerintah genting tersebut.

Dalam kenyatan yang diberikan kepada al-Quds Press, beliau menegaskan Kaherah adalah rakan kongsi utama dalam sekatan terhadap Gaza. Ia adalah pihak yang memihak kepada Presiden Mahmud Abbas yang sentiasa menghalang daripada tercapainya apa sahaja perdamaian nasional. Beliau juga berkata: “Di Mesir, isu Gaza mempunyai dua sudut. Pertama pintu sempadan Rafah yang berhubung dengan sekatan yang dikenakan terhadap Genting Gaza, yang Mesir turut serta dalam menutup pintu sempadan tersebut. Dengan tindakan tersebut, Mesir menunjukkan keikhlasannya kepada Israel sekalipun pelbagai amaran telah diberikan. Dengan itu juga, Mesir mewujudkan pertelingkahan dengan HAMAS kerana Kaherah mengaitkan penutupan pintu sempadan itu dengan penjagaan kepentingannya.”

Beliau juga menolak kemungkinan perdamaian di antara HAMAS dan Fatah dengan berkata: “Pada pendapat saya, perdamaian antara HAMAS dan Fatah tidak akan berlaku. Perbezaan antara keduanya amat besar. Kedua-duanya mempunyai agenda sendiri. Agenda HAMAS berbentuk nasiolis Islam bagi membebaskan Palestin dan tidak mengiktiraf regim Zionis. Sementara Mahmud Abbas pula tidak akan kekal berkuasa melainkan dalam dakapan Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Zahhar : 8 kapal menuju ke Gaza bulan hadapan.

Khamis, 01/07/2010  – Pemimpin Politik Hamas, Mahmoud Zahhar, menyatakan bahawa terdapat 8 buah kapal pembebasan yang mungkin akan ke Genting Gaza dalam dua bulan ini nanti. Zahhar menambah bahawa kapal tersebut akan bertolak dari Teluk Arab.

Dalam satu wawancara dengan akhbar Britain, The Independent pada hari Isnin, pemimpin Hamas itu manyatakan yang beliau telah dimakluman di Teluk, sekurang-kurangnya terdapat 8 buah kapal akan bergerak ke Gaza selepas acara World Cup 2010 tamat.

Apabila ditanya tentang kemungkinan Iran akan menyertai misi flotilla terbaru itu, Zahhar menjawab “Kenapa tidak? Dan Iran juga mempunyai hak untuk memberi bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada Gaza”.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  faizul

Categories
Berita Semasa

Serangan Zionis di Timur Gaza sebabkan kematian dan kecederaan

Khamis, 01/07/2010 – Seorang warga Palestin syahid dan sekurang-kurangnya seorang lagi cedera akibat serangan yang dilancarkan oleh tentera Zionis di timur perkampungan al-Shuja’iyyah ke timur bandar Gaza. Ini berikutan gangguan berterusan yang dilakukan oleh pihak Zionis terhadap Gaza dari masa ke semasa.

Adham Abu Silmiyyah, penyelaras media bagi perkhidmatan perubatan ketenteraan berkata kepada wartawan Pusat Media Palestin bahawa berita awal menyatakan berlaku pengeboman yang dilakukan oleh pesawat peninjau Zionis serentak dengan pengeboman meriam yang menyebabkan kematian seorang warga Palestin, Bassam Badwan (29 tahun) dan kecederaan sekurang-kurangnya seorang lagi warga Palestin yang terkena serpihan bom, yang tiba di hospital dalam keadaan putus kedua-dua belah kakinya dan kecederaan di seluruh badannya.

Abu Silmiyyah menyebutkan bahawa penyelarasan telah dibuat dengan pihak Palang Merah Antarabangsa agar kereta ambulan boleh masuk ke kawasan terbabit bagi membawa orang-orang yang tercedera yang kemungkinan ada, kerana beberapa penduduk kawasan tersebut menyatakan tentang kewujudan beberapa warga yang tercedera.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir