Industri Perkilangan Rejim Zionis di Erezt kerugian 35 juta USD

Tel Aviv, 30/11/2004 , Selasa – Pengerusi persatuan pengusaha-pengusaha industri perkilangan Israel, Odid Terra, semalam (29/11) telah membuat kenyataan rasmi bahawa industri perkilangan di daerah Erezt (utara Gaza) telah mengalami kerugian bersih sebanyak 35 juta USD.

Isu Putera Mahkota Jordan: Isu baru yang lama

Oleh Maszlee Malek(kolumnis Palestinkini)
Jordan bukanlah sebuah negara pengeluar minyak yang penting di timur tengah seperti negara-negara teluk yang lain. Ianya juga bukanlah sebuah negara yang kuat dari segi ketenteraan di kawasan tersebut seperti Mesir, Iraq (dahulunya), malah Syria.

Pensyarah Universiti terkorban di Gazza

Seorang pensyarah universiti telah terkorban apabila sebuah bom meletup di dewan kuliah di Universiti Al Azhar, di Gazza pada 27/11/2004 yang lalu.

15 000 Orang Yahudi Keluar Dari Israel Setiap Tahun

Selasa , 30/11/2004 – Perwakilan rasmi kerajaan Israel telah mengeluarkan data yang dilakukan kerja sama dengan pusat statistik menyatakan bahawa 15 000 warga Yahudi meninggalkan Israel setiap tahun tanpa kembali lagi.

Pesawat Pejuang Israel Serang Lembaga Pendidikan di Khan Yunis

Selasa, 20/11/2004 – Sumber Palestin menyebutkan bahawa sebuah pesawat Israel pagi semalam menggempur sebuah Yayasan Pendidikan milik Gerakan Jihad Islami di bandar Khan Yunis mengakibatkan sebahagian bangunan hancur.

29 November yang celaka!


Oleh Maszlee Malek(kolumnis Palestinkini)

29 November adalah tarikh yang celaka. Bukan kerana nombor 29nya, bukan juga kerana Novembernya, dan bukan juga kerana tarikh atau waktu atau zaman tersebut. Malah sebagai umat Islam, Nabi Muhammad S.A.W. telah melarang umatnya dari memaki waktu, kerana Allah telah menciptakan waktu. Ianya celaka apabila dikaitkan dengan apa yang telah berlaku lebih 57 tahun yang lalu. 29 November 1947.

2 Pelarian Palestin terbunuh semalam (28/11/2004)


Jalur Gaza, Isnin, 29/11/2004 – Rejim Zionis (baca: RZ) semalam telah membunuh seorang doktor Palestin dan seorang remaja dan mencederakan 5 yang lain di selatan Jalur Gaza.

Mereka Yang Dilupakan(MYDL) : Burj al-Barajneh (Part #4)


Oleh Maszlee Malek(kolumnis Palestinkini)

Arkib Artikel MYDL
Part#1
Part#2
Part#3

Jika di dalam bahagian yang lepas kita telah diperkenalkan kepada statistik pelarian Palestin di Lubnan, latar belakang mereka, keadaan dan juga situasi mereka, dalam bahagian kali ini kita akan melihat terus kepada kondisi yang lebih terperinci di dalam sebuah kem pelarian Palestin di Luban iaitu Burj al-Barajneh yang terletak di timur Beirut. Pertubuhan ?Waqfiyyah al-Ghauth? yang dikendalikan oleh Talal berpusat di sini.

Gambar Sekitar Pengkebumian Yasir Arafat


Saksikan sekitar pengkebumian tersebut yang di adakan di bandar Ramallah, Tebing Barat pada hari Jumaat 12/11/2004. Apa yang menarik adalah kehadiran pemimpin senior HAMAS, Khaled Meshaal yang sekarang menjadi buruan Israel.

Israel menolak cadangan keamanan Syiria


Khamis, 25/11/2004 – Presiden Syiria Bashar Al Asad (gambar) telah pun bersedia untuk memulakan rundingan dengan Israel tanpa mengenakan sebarang syarat, menurut perwakilan PBB yang melawat Timur Tengah. Namun begitu, Israel menolak cadangan itu dan menganggapnya sebagai satu propaganda.

Bekas Ketua Tentera Israel Mati Lemas.


Tel Aviv, Rabu, 24/11/2004 – Bekas ketua tentera Israel Rafael Eitan (75 thn) mati selepas lemas di pelabuhan Ashdod, selatan Tel Aviv.

US memperbaharui perjanjian minyak dengan Israel


Tel Aviv, Rabu, 24/11/2004 – Pegawai rasmi US hari ini telah memperbaharui perjanjian pembekalan minyak kepada Israel. Perjanjian ini pertama kali ditandatangani pada perjanjian damai yang penuh kontroversi antara Israel dan Egypt pada tahun 1979.

YASSER ARAFAT a.k.a ABU AMMAR

oleh Hishamuddin Rais

Bila saya memasuki Universiti Malaya pada tahun 1971, Al-Fateh telah menjadi salah satu dari puluhan gerakan-gerakan pembebasan rakyat dunia ketiga yang sedang mengangkat senjata menentang kuasa imperialis Anglo-Amerika. Perang dingin diantara blok imperialis Amerika dengan rakyat dunia ketiga sedang dalam satu arus yang paling menjanjikan.

Israel Bunuh 3 Pemuda Syuhada Al-Aqsha di Ramallah


Ramallah, Selasa, 23/11/2004 ? Pasukan keamanan khusus Israel petang semalam membunuh tiga pemuda Brigade Syuhada Al-Aqsha di Baldah Beituna, barat Ramallah. Sementara sumber Israel menyebutkan bahawa salah seorang tentera Israel cedera dalam kejadian tersebut.

Laporan Malam Sumbangan Kasih Palestin


Malam Palestin objektifnya satu yakni mengumpul dana bagi bantuan pelarian palestin terutamanya di Beirut, Lubnan. Alhamdullilah, dengan kedatangan lebih 200 peserta dan sumbangan orang persorangan dan kedatangan tetamu kehormat dari Parti Islam Semalaysia (PAS) Dr Hatta Ramli, editor Karangkraf, wartawan dan juga perwakilan dari pelbagai pertubuhan telah menjakan malam palestin yang dianjurkan oleh Jamaah Islah Malaysia (JIM) International.