Rabu, 20/10/2004 –
Setelah melihat dan mengamati mereka yang syahid dan cedera dalam operasi ketenteraan Israel terakhir di utara Semenanjung Gaza yang jumlahnya mencapai 800 orang, ternyata tentara Israel menggunakan senjata terlarang dalam undang-undang antarabangsa.
Author: admin
United Kingdom , 20/10/2004, Rabu – Rejim Zionis telah cuba untuk menggodam laman Palestine.info yang boleh didapati dalam pelbagai bahasa semenjak hari Jumaat yang lalu, tetapi gagal dan berjaya dipintas oleh web master laman-laman tersebut.
Rabu, 20/10/2004 –
Tentera Pengganas Israel melancarkan serangan di kawasan perumahan di Bandar Khan Younis, selatan semenanjung Gazza mencederakan 2 kanak-kanak Palestin.
Rabu, 20/10/2004 –
Parti pembangkang kerajaan haram Israel
meramalkan kemungkinan besar Ariel Sharon(AS)
akan dibunuh berikutan pelan pengunduran koloni
Yahudi di Gaza. (hampir 130 lebih rakyat Palestin syahid setakat ini w’pun AS membuat pelan pengunduran. Begitu kontra sekali antara tindakan dan pelan)
Rafah, Selasa, 19/10/2004 –
2 mujahidin daripada brigade al-Quds syahid di dalam satu pertempuran dengan pengganas Israel semalam. Kejadian berlaku di barat bandar Rafah, utara Jalur Gaza.
Oleh Maszlee Malek (kolumnis Palestinkini)
Penulis telah menyertai program penyerahan demo bantahan kepada kedutaan US di KL baru2 ini berikutan penyerangan dahsyat pengganas Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza yang telah mengorbankan lebih 100 nyawa. Ikuti komentar beliau tentang salah faham Memo dan Demo dikalangan rakyat Malaysia.
Lihatlah keganasan Israel yang tergamak menembak 20 das kepada seorang budak yang masih hingusan. Gambar di dalam ….
Isnin, 18/10/2004 – Pengganas Israel semalam telah menahan 11 orang rakyat Palestin di pinggir bandar Tebing Barat iaitu di bandar al-Khalil.
Jumaat, 15/10/2004 –PAS bersama 12 badan-badan bukan kerajaan (NGO) menghantar memorandum kepada Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur bagi meminta kuasa besar itu membantu menghentikan pembunuhan yang berterusan tentera Yahudi terhadap penduduk Palestin. Memo itu diserahkan oleh mereka kepada pegawai kedutaan Amerika kira-kira jam 11.30 pagi.
Jumaat, 15/10/2004 –
Serangan tentera jahanam Israel di Gaza telah membunuh lima warga Palestine dan mencederakan yang lain. Dua Orang anggota Hamas di laporkan terkorban di dalam satu serangan di Utara Jabaliya. Tentera Jahanam telah menjalankan operasi keganasan selama 17 hari.
Jumaat, 15/10/2004 –
Bank Pembangunan Islam mengumumkan program sumbangan sejumlah 25 juta USD yang dikhususkan untuk pertolongan pertama bagi rakyat Palestin yang terkorban akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza.
Jumaat, 15/10/2004 – Kerajaan Israel hari ini melaporkan bahawa Negara tersebut boleh menghadapi sekatan dan menjadi negara yang dipinggirkan sekiranya konfliknya dengan penduduk Palestin tidak berjaya diselesaikan.
Salah satu NGO di Malaysia, Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) tampil ke hadapan menyuarakan bantahan terhadap tindakan kebinatangan Rejim/Pengganas Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.
Berikut adalah kandungan memo bantahan terhadap serangan pengganas Israel di utara Gaza yang didokongi oleh sekutu kuatnya, Amerika.
Memo ini akan diserahkan kepada pejabat kedutaan US di ibukota esok. Sama2 kita mendoakan keselamatan saudara kita di Palestin di bulan Ramadhan ini.
Kumpulan nasyid di Malaysia agak ketandusan irama nasyid yang bertenaga dan membawa unsur perjuangan. Secara umumnya lebih tertumpu kepada persoalan cinta, ukhwah dan remaja. Kumpulan dari Indonesia ini mengisi kekosongan tersebut.
Mari kita sama2 menghayati liriknya dan lagunya.