2 remaja Palestin berkecai ditembak kereta kebal Israel


Jabaliya, Jumaat, 8/10/2004- Dua remaja Palestin menjadi mangsa terbaru kekejaman Israel apabila dibunuh askar Yahudi di kem pelarian Jabaliya semalam, dalam operasi zalim rejim Zionis di utara Gaza yang masuk hari kesembilan semalam.

3 rakyat Palestin syahid di Gaza


Khamis, 7/10/2004 – Tiga rakyat Palestin syahid dan 12 yang lain cedera termasuk lapan kanak-kanak apabila kereta kebal Israel melancarkan serangan di utara Genting Gaza lewat malam tadi, menurut sumber hospital hari ini.

Sumber itu berkata, seorang lelaki dan anak lelakinya yang dikenali sebagai Hamdan, 58 dan Hamuda Obeid, 25, syahid apabila sebutir peluru kereta kebal meletup di kem pelarian Jabaliya di utara Genting Gaza.

PBB kecewakan rakyat Palestin


Khamis,7/10/2004 – Amerika Syarikat (AS) semalam menggunakan kuasa vetonya untuk menyekat satu draf resolusi yang menggesa Israel supaya menghentikan operasi tenteranya di Genting Gaza.

Dunia tertumpu di Gaza, daerah Hebron menjadi mangsa seterusnya Tembok Haram !


Pengganas Israel bekerja tanpa henti di daerah Hebron dalam usaha membina Tembok Haram(TH) yang semacam ‘direstui’ oleh PBB walaupun beratus kali menghabiskan air liur di meja rundingan.

Pengganas Israel yang mudah dilupakan keganasannya.

Hasil kekejaman pengganas Israel bukan sekadar tontonan tetapi perlu diselarikan dengan tindakan. Pihak rejim Zionis siang malam merencana dan merancang untuk melalaikan kita di Malaysia supaya memandang remeh isu Palestin ini.

Sila lihat di dalam bagaimana saudara kita disembelih dan ditembak sesuka hati….

Mp3 lagu perjuangan Syeikh Ahmad Yassin dan Rantisi boleh didownload sekarang !


Pergi bahagian Downloads (menu kiri), Klik Popular dan sila download. Berbahasa Arab. Jadikan halwa telinga untuk meniup semangat kita sama2 berjuang untuk membebaskan bumi Palestin di mana terletaknya masjid al-Aqsa, bumi yang diberkati sekelilingnya (Surah al-Isra’, ayat 1)

Polis Rejim Zionis Israel mengotori Masjid al-Aqsa


Baitul Maqdis , Selasa, 5/10/2004 – Polis rejim Zionis Israel dan juga agen-agen mereka telah menceroboh masuk ke dalam Masjid al-Aqsa dan juga Musolla Marwaniyyah pada 3/10/2004 dalam usaha mereka untuk mencari keretakan di Masjid al-Aqsa.

Ketua komander pejuang di Gaza syahid(doa)


Rabu, 6/10/2004- Ketua komander Jihad Islami syahid dalam serangan roket yang mana tepat mengenai kereta beliau di Jalur Gaza.

Keratan video pihak Israel yang meragukan ?


Rabu, 6/10/2004 – Pihak UN sedang menyiasat dakwaan pengganas Israel yang mengatakan HAMAS menyalahgunakan ambulan untuk mengangkut senjata. Perhatikan sahaja gambarnya yang tidak jelas tetapi UN begitu ‘prihatin’ mengkajinya. 200 kereta kebal serta jet pejuang pengganas Israel terang-terang membunuh rakyat Palestin sekarang ini dibuta dan dipekakkan sahaja.

Ram Allah di serang


Selasa, 5/10/2004-Pengganas Israel telah menembak syahid 2 orang rakyat Palestin semasa
pencerobohan di Tebing Barat di bandar Ram Allah.

Terbaru ! 4 brigade al-Qassam syahid


Selasa, 5/10/2004-
Di kala rakyat berdebar menunggu siapakah
akan menjuarai Malaysian Idol, saudara kita
di Palestin terus menjadi mangsa kebinatangan
pengganas Israel.Sehingga kini angka kesyahidan telah meningkat lebih 60 orang.

Jalan ke Beirut (Part 1)

Oleh : Hj Azhari (JIM International)
Pesawat Airbus penerbangan MAS MH156Q meluncur keudara pada jam 7.05 pagi hari Selasa 14/9/2004 membawa bersama rombongan 3 orang; Ust. Abdullah Zaik, Ust. Mazlee Malek dan saya sendiri.

Tentera Israel: Rakyat Palestin Mencari Mati(Syahid), Bukan Lari


Khamis, 30 Sept 2004 -Seorang tentera Israel menggambarkan kepanikan dan keadaan kelam-kabut kawan-kawannya dan ketidakmampuan mereka menghadapi kumpulan mujahidin(penentang).

NAM lancar `Kempen Rakyat Global’ bantu warga Palestin


NEW YORK 30 Sept. – Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) akan melancarkan `Kempen Rakyat Global’ tidak lama lagi bagi menyokong perjuangan rakyat Palestin membentuk negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Aktivis HAMAS dan FATAH syahid(doa) hari ini.


Rabu, 29 Sept 2004-Pengganas Israel hari ini telah melakukan pencerobohan di utara Jalur Gaza dan Tebing Barat dan beberapa aktivis HAMAS dan FATAH dilaporkan syahid.