Dua jurukamera TV Al-Aqsa terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza

Jumaat, 23-11-2012 – Dua jurukamera TV Al-Aqsa telah terbunuh Selasa lalu, apabila tentera Israel terus menerus melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza yang dikepung di mana sebuah kapal terbang perang Apache Israel melepaskan roket pada kereta kepunyaan saluran TV Al-Aqsa itu.

Saksi mengesahkan bahawa pesawat Israel melancarkan sekurang-kurangnya satu peluru berpandu ke arah kereta awam
yang membawa lencana akhbar milik saluran TV al-Aqsa Palestin, yang memandu di kawasan Jalan al-Nasser barat Bandar Gaza.

Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa dua orang jurukamera TV Al-Aqsa itu terbunuh ketika serangan Israel,
Mahmoud al-Komi dan Houcem Salama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul