Rejim Zionis mendakwa suspek pengeboman bas Tel Aviv

Khamis , 27-12-2012 – Pihak Berkuasa Tempatan Israel (IOA) telah mendakwa seorang pemuda, Mohammed Mafarja, 18, pada hari Rabu atas letupan bom ke atas bas Tel Aviv (Tel Rabi’i) semasa serangan tentera Israel November ke atas Semenanjung Gaza, kata radio Hebrew.

Mafarja telah ditahan pada hari terakhir dan kelapan pencerobohan ke atas Semenanjung Gaza kerana telah mengebom bas nombor 124 di Tel Aviv di mana 24 orang tercedera dalam kejadian tersebut.

Beliau berhadapan dengan pelbagai tuduhan termasuk atas cubaan membunuh dan membantu musuh ketika perang, yang boleh menyebabkan beliau dipenjara seumur hidup.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : izzati