Keluarga Jaradat sahkan terdapat kesan cedera dan darah pada badan jenazah Arafat

Selasa ,26-02-2013 – Sumber daripada keluarga syahid Arafat Jaradat dari bandar Sa’ir di timur laut Al-Khalil, mengesahkan terdapat kesan cedera dan darah pada pelbagai bahagian badan saudaranya akibat dipukul dan didera ketika sesi soal siasat. Ternyata, Arafat telah terbunuh dalam penderaan.

Sumber turut memberitahu wartawan PIC bahawa Mohammed, saudara Arafat memberitahu ahli keluarga mereka bahawa kesan cedera dan darah yang terdapat pada badan Arafat bertentangan dengan dakwaan rejim yang mengatakan saudaranya meninggal akibat serangan sakit jantung.

Organisasi hak asasi manusia dan keluarga syahid menuntut pembentukan suruhanjaya penyiasatan untuk mendedahkan keadaan sebenar tentang pembunuhan Jaradat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati