Pihak Luar Cuba Gagalkan Persepakatan Dialog


Selasa, 30/01/07 –

Jurucakap Fraksi Reformasi dan Perubahan di parlimen Palestin,
Solah Bardawel mengingatkan tentang adanya pihak-pihak luar yang cuba menghancurkan
apa yang telah disepakati dalam sidang dialog nasional Palestin yang berlangsung di
Gaza.

Bardawel menegaskan bahawa di sana ada keazaman kuat yang mampu untuk menjayakan
dialog ini dengan mudah. Menurutnya, kesepakatan terhadap sebahagian masalah telah
dicapai dalam beberapa jam pada sidang pertama. Hal ini, tegasnya adalah ekspresi
keinginan semua pihak agar ‘bahtera’ ini mampu bergerak.

Mengenai agenda dalam dialog kali ini, Bardawel mengatakan ia mencakupi sejumlah
persoalan terutama mengenai pemerintahan perpaduan nasional. Selain isu PLO,
organisasi yang terlibat dan cara pembentukannya. ?Sidang pertama membahaskan secara
khusus masalah proses dan pembentukan program pemerintahan baru.? tambah beliau.

Sebelumnya dilaporkan bahawa Israel berusaha merosakkan situasi kondusif dialog
nasional Palestin yang bertujuan untuk mencapai beberapa kata sepakat. Di
tengah-tengah suasana dialog tersebut, Israel mengemukakan inisiatif bernama “peta
Marshal” yang menegaskan tentang pengiriman pasukan antarabangsa (Eropah) ke
wilayah Palestin.

Tujuan mereka adalah membubarkan fraksi-fraksi pejuang Palestin dan usaha pelucutan
senjata yang dianggap tidak sah. Ia juga bertujuan menyiapkan tentera dan polis
Palestin yang mempunyai hubungan dengan Israel yang dipimpin oleh tokoh umum
Palestin. Rancangan ini ditolak terus oleh Hamas yang dianggap sebagai usaha Zionis
Israel merosakkan usaha penyatuan negara Palestin.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.