Keluarga kanak-kanak 10 tahun yang mati dibunuh menuntut keadilan.


Selasa, 30/01/07 –
Keluarga Abeer Al Arameen, kanak-kanak perempuan Palestin berusia 10 tahun yang dibunuh oleh askar Israel di Bandar Anata berhampiran Baitul Maqdis menuntut tentera Israel menjalankan siasatan ke atas kematiannya dan menghukum askar-askar yang terbabit.

Kanak-kanak itu terbunuh selepas terkena tembakan peluru yang diselaputi getah oleh askar-askar Israel namun polis Israel mendakwa bahawa batu itu sebenarnya dilemparkan oleh rakyat Palestin yang cuba membaling ke arah askar-askar Israel. Keluarga itu bagaimanapun mengemukakan laporan autopsy yang mengesahkan bahawa kanak-kanak itu mati akibat terkena tembakan peluru yang diselaputi getah di kepala.

Polis Israel di Tebing Barat tidak menyebut kemungkinan ini sebaliknya terus mengatakan bahawa beliau telah terkena balingan batu yang dilemparkan oleh rakyat Palestin sendiri. Beberapa orang aktivis keamanan mengadakan tunjuk perasaan berhubung kematian kanak-kanak itu dan mengedarkan gambarnya di sepanjang jalan di Baitul Maqdis. Mereka menuduh polis sempadan Israel membunuh kanak-kanak berusia 10 tahun.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.
One Comment
  1. This is great! It really shows me where to expand my blog. I think that sometime in the future I might try to write a book to go along with my blog, but we will see…Good post with useful tips and ideas

Comments are closed.