Selasa, 08-03-2016 – Pihak berkuasa pendudukan Israel melarang azan berkumandang di Masjid al-Ibrahimi al-Khalil sebanyak 45 kali pada Februari lalu kerana mendakwa ia mengganggu penduduk Yahudi.
Sumber tempatan mendedahkan bahawa tentera Israel menghalang mereka yang bertanggungjawab untuk azan daripada memasuki ruang di dalam masjid.
Malah, tentera Israel turut menempatkan tentera mereka di persekitaran masjid, sekali gus terus-terusan mengganggu rakyat Palestin yang cuba untuk memasuki laman suci umat Islam itu.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman