Categories
Berita Semasa

Mahathir berkata, pendirian AS terhadap penempatan Israel tidak masuk akal

Isnin, 25-11-2019 – Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamed berkata, pendirian baru AS tentang penempatan Israel di Palestin adalah tidak masuk akal dan akan menggalakkan negara lain untuk merampas tanah orang lain.

Mengulas kenyataan terbaru setiausaha AS Mike Pompeo, yang mengumumkan pentadbiran presiden AS Donald Trump tidak beranggapan yang penempatan Israel di Tebing Barat sebagai haram, Mahathir menyifatkan pendirian itu sebagai mengarut dan terang-terangan tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati