Pihak berkuasa Israel musnahkan semua rumah di perkampungan Arab.

src="http://imemc.org/cache/imagecache/local/attachments/oct2007/400_0___10000000_0

_0_0_0_0_dscn5318.jpg" align="left" width="110" height="100">
Khamis, 25/10/07 -

Buat kali yang ke-12, pihak berkuasa Israel memusnahkan semua rumah di kampung Taweel Abu Jaroul yang tidak diiktiraf oleh Israel di Negev pagi Rabu lalu. Mereka turut mengangkut barangan rumah penduduk dengan 8 trak sebelum membuangnya di satu tempat pembuangan sampah.

Sumber tempatan melaporkan bahawa polis mengambil kad pengenalan dan kunci kereta ketua kampong, Aqeel Al Talalqa untuk menyekat beliau daripada keluar dari kampung serta meminta pertolongan daripada menghalang rejim yang jahat itu.

Al Talalqa merayu kepada semua institusi yang popular agar masuk campur dan membantu penduduk kampung itu sambil menegaskan bahawa penduduk kampung bertegas untuk terus sabar di tanah mereka.

Beliau turut memberitahu polis bahawa penduduk kampung akan membina semula rumah mereka kerana mereka membinanya di atas tanah mereka sendiri serta mencabar pihak berkuasa Israel yang mengatakan mereka membina rumah di tanah Israel. Penduduk kampung tiu sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan Israel selagi kerajaan itu meneruskan kegiatan haram mereka memusnahkan rumah penduduk kampung.

Israel dan kumpulan Yahudi ekstrim akan terus mensasarkan serangan ke atas perkampungan Arab di Negev meskipun penduduknya memiliki tanah-tanah itu. Mereka mengatakan bahawa keluarga Al Talalqa memmiliki 22,000 dunum tanah dan sudah menjadi polisi Israel untuk merampas semua tanah penduduk Arab.