October 29, 2007

Menyekat bekalan bahan api ke Gaza mendorong kepada krisis besar.

Written by


Isnin, 29/10/07 – GAZA — Ahmed Ali, Timbalan Pengarah Pertubuhan Petroleum Gaza telah menyatakan keputusan Israel untuk memotong bekalan bahan api dan gas untuk Semenanjung Gaza yang sememangnya sedikit akan mendorong kepada satu krisis manusia yang besar.

Dalam satu siaran akhbar Ahad lalu, Ali menyatakan bahawa kekurangan bekalan elektrik, gas dan bekalan air dan langkah Israel yang lain memberi kesan negatif terhadap kerja-kerja di hospital-hospital, stesen-stesen rawatan kumbahan, kolam takungan, kemudahan awam dan pergerakan lalu lintas.

Langkah Israel melangkaui semua garisan merah dan melanggar hak asasi manusia rakyat Palestin, beliau menambah.

Timbalan Pengarah telah menarik perhatian umum bahawa IOA telah mengurangkan bekalan udara dan bahan api ke Gaza sejak hampir dua bulan yang lalu.

Category : Uncategorized

Proudly powered by WordPress and Sweet Tech Theme