Perisytiharan Sana’a Cuba Digugurkan ?


Selasa, 25/03/08 –
Ezzat Al-Resheq selaku anggota biro politik Hamas menuduh bahawa terdapat satu trend dalam kumpulan Fatah yang berusaha untuk menggugurkan perisytiharan Sana’a dan menghentikan perjanjian yang ditandatangani antara delegasi Hamas dan Fatah di bawah naungan Yaman semasa memulakan dialog untuk menamatkan pertelingkahan.

“Terdapat satu trend dalam Fatah yang bersedih dengan perisytiharan Sana’a dan sekarang ia sedang cuba untuk mengganggunya dan mengembalikan perkara tersebut kepada asal dan inilah yang telah kita perhatikan melalui kenyataan jurucakap PA, Nabil Abu Rudeineh dan penasihat politik Preseiden PA, Namir Hammad yang menyerang ketua delegasi Fatah,” kata Resheq.

Dalam satu kenyataan eksklusif untuk PIC, Dr. Salah Bardawil selaku jurucakap bagi blok parlimen Hamas menyatakan Isnin lalu bahawa kritikan dan penolakan terhadap perisytiharan Sana’a itu dinyatakan oleh pihak tertentu dalam Fatah dan PA hanya beberapa jam selepas perwakilan Hamas dan Fatah menandatanganinya seolah-olah patuh dengan arahan Zionis-Amerika.

Dr. Bardawil menekankan Hamas menimbangkan apa yang telah berlaku di Sana’a sebagai harapan tertinggi rakyat Palestin bagi menghapuskan segala peristiwa lalu dan membincangkan semuanya di atas meja rundingan.

Jurucakap itu juga berharap bahawa trend yang memihak kepada dialog dalam Fatah lebih kuat daripada trend yang mahu menukar kedudukan itu mengikut kemahuan Israel dan Amerika.