Para pendatang Yahudi mencemarkan Masjid Aqsa dan Kawasan suci Nabi Musa

Selasa, 12-01-2021 – Sekumpulan pendatang Yahudi pada pagi Khamis mencemarkan dataran Masjid Aqsa dengan kawalan polis walaupun perintah berkurung dilaksanakan di kota suci itu.

Walaupun perintah berkurung dikenakan ke atas Baitulmuqaddis dan penduduknya beberapa hari lalu atas alasan mencegah penyebaran coronavirus, polis rejim masih membenarkan pendatang Yahudi memasuki masjid dan datarannya.

Dalam satu insiden lain, sekumpulan pendatang Yahudi diiringi tentera pada Khamis menceroboh Masjid Nabi Musa dan Kawasan suci di antara Jericho dan Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati