 
 
Rabu ,31/12/2008 –Pengerusi PA Mahmoud Abbas telah mengarahkan pegawai-pegawainya di Ramallah satu hari selepas serangan udara terbesar rejim Zionis ke arah  Semenanjung Gaza untuk membentuk satu kumpulan pengganti menteri dalaman dan komander-komander keselamatan bagi pesiapan mengambil alih hal ehwal Gaza apabila Hamas digulingkan, satu laporan rahsia diperolehi oleh PIC.
Ia menambah bahawa Abbas, yang sekarang ini  berada di Kaherah dan dalam perjalanan  ke Arab Saudi,  beliau akan menyelaraskan pendirian bersama  Mesir untuk berkonfrontasi sebarang perubahan di Gaza ekoran operasi ketenteraan rejim Zionis..
Sementara itu, MP Hamas , Mushir Al-Masri menuduh Abbas sebenarnya telah mengetahui sejak dari awal tarikh sebenar serangan rejim Zionis yang bermula Sabtu lalu.
Beliau menambah bahawa maklumat itu bukan lagi rahsia . Abbas awal2 lagi telah meninggalkan tanah Palestin untuk Arab Saudi dan tidak lama selepas itu , serangan oleh rejim Zionis secara besar-besaran telah dilancarkan ke Gaza.