Mesir : Tiada guna sidang mesyuarat OIC untuk bincang pencerobohan Israel.

Selasa ,06/01/2009 –Mesir telah menolak dan menggagalkan cadangan Iran untuk mengadakan satu sidang kemuncak tergempar OIC untuk membincangkan pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza selepas menggugurkan lebih awal untuk mengadakan persidangan sidang kemuncak Arab.

Duta bernama Naela Jabr, pembantu Menteri Luar Mesir, dalam satu kenyataan akhbar berkata Kaherah melihat tiada sebarang keperluan mengadakan sidang kemuncak bagi meredakan ketegangan di Palestin.

Beliau mendakwa sebilangan besar anggota OIC menyokong pendirian Mesir itu.

Diplomat itu berkata negaranya menolak untuk mengadakan sidang kemuncak tanpa “persediaan yang mencukupi” dan mempersoalkan keperluan mengeluarkan satu kenyataan sidang kemuncak sedangkan rakyat Palestin itu telah terbahagi kepada dua wilayah.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

2 Comments
  1. inilah muka si munafik…venezuela telah usir diplomat israel,malu bagi negara islam yang bersekongkol dengan yahudi….

  2. malu dengan ketua negara islam yang lemah…..tunduk pada yahudi…ni kalau hidup zaman khalifah…lama dah kena bunuh….

Comments are closed.