Presiden Venezuela halau duta Israel.

Khamis ,08/01/2009 – Pergerakan Hamas hari ini sangat menghargai langkah “berani” Presiden Venezuela , Hugo Chavez yang menghalau duta Israel ke Caracas sebagai bantahan pembunuhan beramai-ramai Israel di Semenanjung Gaza.  Dalam satu siaran akhbar pergerakan itu berkata Chavez telah memulakan satu langkah di mana negara-negara Arab yang memelihara hubungan dengan Israel tidak berani melakukannya.

Adalah menjadi kejutan bagi sesetengah negara Arab yang masih berkeras mengatakan hubungan diplomatik dengan Israel dikekalkan walaupun pertumpahan darah sedang berlaku di Gaza. Caracas telah menegaskan duta Israel dan enam diplomat lain di kedutaan Israel adalah persona non grata (penolakan akreditasi diplomat di negara penerima)‏. Israel bertindak balas dengan menyingkirkan duta Venezuela di Tel  Aviv.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ <br>
penterjemah :  hijjaz79

18 thoughts on “Presiden Venezuela halau duta Israel.

  1. kalau ini boley dilakukan oleh kalangan org yg bukan beriman,kenapa org yg mengaku beriman lemah dlm mmbuat hal begitu..kalau dah nama setan bertopengkn manusia tunggu lah balasan nnti.

  2. rasa malu sgt..malu yg teramat2 sgt..venezuela yg bkn ngra Islam tu pun berani..mana pergi pemimpin2 ngra Islam lain?? maluuu!!!! do something whai pemimpin2! x kan nak suruh rakyat ketuk kepala baru nak jalan..

  3. knp plk imn nak malu brada di mesir??…sdar laa..jgn laa tgk stu prkara ja dah malu..byk prkara2 len ditingalkn..bkk sikit pglihatn tu, tgk skeliling..

  4. selagi selama mana mana-mana pemimpin negara islam yg mendapat kuasa memerintah negaranya kerana keinginan cita-cita untuk kebanggaan dirinya sendiri bukan dengan niat untuk menegakkan islam atau kerana Allah , selagi itulah mereka akan bersikap pekak dan tuli tidak membela terhadap nasib malang umat-umat islam yang lain….

  5. tindakan berani presiden venezuela harus dicontohi pemimpin2 lain…jgn jdi sperti presiden mesir,husni mubarak yg sanggup bersengkokol dengan yahudi,adakah husni mubarak jelmaan mustafa antarturk turki,yg seharusnya mendapat pembalasan yg sewajarnya…

  6. adakah hri ini pmimpin islam hnya berdiri di atas nma shj..hnya mhukn harta dan pangkat..x thukh mereka bhwa islm adalah agama yang sngt suci..bahkn rasulullah pernh bersbda supaya pliharalh agama kita dan angkat lh ia keatas…tp klu sikap pmimpin islm cmni mcmna islm nk trus dperjuangkn…pmimpinlh yang hrus kuat dan rasional dgn tgas mereka..sama2 lh kta perthankn agama kita yg suci ini..insyallh…takbir!!!!

  7. kalau pemimpin bersatu untuk menahan duta2 israel masuk ke negara masing2 ni,,,itu sudah bagus,,,baru israel tau yang depa buat tu orang tak suka

  8. pak lah buat pe?pak lah senyap jer..buat bodo ea pak lah?
    malunye saya bila negara yg minoriti islam boleh bertindak sedemikian…sedangkan saya berada di sebuah negara yg bermajoriti seagama dengan insan2 di palestin……

  9. pemimpin negara arab, mesir dan negara islam yang lain patut malu dengan apa yang oleh peresiden bukan islam ini.

    kalian mungkin lepas di dunia, tetapi akhirat tetap menanti. “kami, akan tuntut setiap titisan darah rakyat palestin kepada pemimpin islam di dunia di akhirat kelak” itu janji pemimpin negara Palestin. Siapa pemimpin itu? Bukan hanya pak lah..tetapi KITA SEMUA. Kita semua adalah pemimpin islam.

    Tapi apalah yang mampu saya lakukan, melainkan memboikot produk AS dan Israel, menangis dan berdoa untuk saudara-saudara saya di palestin.

    Sangat kecewa apabila tengok mereka yang tidak mempunyai kesedaran dan masih lagi membeli produk keluaran negara tersebut dengan alasan “boikot? itu tidak rasional!” mungkin bukan semua, namun apakah kita mati jika kita ke Mcdonald?,apakah mati kebuluran jika kita tidak minum di starbuck? Apakah rendah martabat kita jika kita tidak membeli barangan berjenama seperti ralph lauren, georgio armani dan hugo boss? Fikir2 kan lah. Semoga kalian dikurniakan hidayah dan berhenti membelinya. Jika tidak, darah kalian akan dituntut dan kalian akan dilaknat di akhirat kelak.

    Mungkin kita tidak berjuang menggunakan senjata, namun inilah ‘perjuangan’ yang boleh kita lakukan. Menyeru rakan2 lain supaya berhenti membeli produk-produk yang hasil wangnnya digunakan untuk memusnahkan islam sendiri.

    assalamualaikum.

Comments are closed.